UEFA mengesahkan semua 12 kelab yang terlibat dengan usaha menubuhkan European Super League (ESL) tidak akan disingkirkan dari kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL) musim ini dan musim depan.
UEFA yang menamatkan semua kelab tersebut dengan gelaran ‘Dirty Dozen’ menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan drastik sedemikian sekalipun jelas ‘liga haram’ tersebut bertujuan untuk menyaingi kejohanan paling berprestij di Eropah kendalian mereka.
Despite many fake news in the last days, UCL semifinals Real Madrid-Chelsea and Manchester City-PSG will go ahead regularly.
UEFA won’t ban any club for this season. The matches have never been suspended. 🔴 #UCL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 23, 2021
Tidak sampai 48 jam selepas projek tersebut diumumkan, enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah membuat pusingan-u dengan mengumumkan penarikan diri selepas mendapat bantahan keras dari penyokong masing-masing.
Ia diikuti oleh Inter Milan dan Atletico Madrid meninggalkan empat pasukan AC Milan, Juventus , Barcelona dan Real Madrid yang jelas tidak berupaya untuk meneruskan kejohanan hanya dengan empat pasukan.
Sebaik sahaja ESL diumumkan ‘runtuh’ tumpuan terarah kepada tindakan yang akan diambil oleh UEFA dan FIFA terhadap kelab-kelab terlibat.
Timbul khabar angin mengatakan Chelsea, Manchester City dan Real Madrid bakal disingkirkan dari saingan UCL, lalu memberi kemenangan kepada Paris Saint-Germain (PSG). Begitu juga dengan Manchester United dan Arsenal yang masih bersaing di saingan Liga Europa.
🚨📝 UEFA's exco meeting is underway! Lawyers will be looking at how to tighten the rules to stop any break-away league from ever emerging again. Other decisions on topics such as sanctions for the Super League clubs and FFP regulations can be taken. #ESL 🤝⏳✅
[@sgevans] pic.twitter.com/yMekvPn0qK
— Managing Barça (@ManagingBarca) April 23, 2021
Terdapat juga cadangan agar Real Madrid dikenakan hukuman berat di atas ‘kedegilan’ Presidennya Florentino Perez yang tetap mahu meneruskan penubuhan ESL pada masa akan datang.
Walaupun terlepas dari hukuman UEFA, semua 12 kelab berkenaan masih berdepan kemungkinan dihukum oleh badan pengurusan liga domestik masing-masing.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
‘Pelawok!’ – Ancelotti Tak Sangka 6 Kelab EPL Tergamak Sertai ESL
Florentino Perez Belum Lagi Mengalah Walaupun ESL Sudah Mati
ESL Sebenarnya Didalangi Pemilik Kelab Dari Amerika Syarikat?