Misteri Kenapa Rodgers Tukarkan Wesley Fofana Selepas Sejam Perlawanan

Wesley Fofana

Kini, anda mempunyai lebih sebab untuk menyukai Brendan Rodgers sebagai seorang pengurus.

Jika anda menyaksikan aksi Premier League semalam antara Leicester City menentang West Bromwich Albion, Rodgers melakukan pertukaran dengan mengeluarkan pemain pertahanan Wesley Fofana selepas sejam perlawanan.

Tetapi kenapa beliau berbuat sedemikian? Pemain itu tidaklah bermain teruk atau mengalami kecederaan.

Hakikatnya tidak. Sebaliknya, keputusan Rodgers mengeluarkan Fofana selepas sejam beraksi adalah kerana untuk melindungi pemain itu daripada mengalami dehidrasi akibat berpuasa dan beraksi dalam perlawanan kompetitif.

Rodgers yang menghormati keperluan Fofana sebagai seorang Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan membuat keputusan sedemikian kerana pemain itu adalah aset bagi pasukan.

“Beliau adalah pemain muda dan beraksi di tengah-tengah bulan Ramadan jadi beliau tidak makan. Cukup mengagumkan untuk ingat semula prestasinya pada hujung minggu [separuh akhir FA Cup menentang Southampton].”

“Untuk terus beraksi [pada perlawanan menentang West Brom] di tahap yang sama adalah menakjubkan. Beliau menjumpai kekuatan untuk berlatih dan bermain.”

“Beliau adalah pemain yang istimewa dan bakat besar buat kami,” kata Rodgers menerusi BBC Radio Leicester.

Fofana digantikan dengan Marc Albrighton dengan perlawanan tersebut dimenangi The Foxes menerusi kemenangan 3-0.

Gol dihasilkan oleh Jamie Vardy, Jonny Evans dan Kelechi Iheanacho.

p/s: Nasib baik Rodgers keluarkan Fofana masa minit ke-60, dapatlah pengurus FPL yang ada beliau dapat 1 mata. Haha!

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

‘Pelawok!’ – Ancelotti Tak Sangka 6 Kelab EPL Tergamak Sertai ESL

Pep Guardiola: “UEFA & FIFA Pun Macam ESL Sama-Sama Tamak Juga”

‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN