‘Pelawok!’ – Ancelotti Tak Sangka 6 Kelab EPL Tergamak Sertai ESL

Carlo Ancelotti EPL ESL

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti menyifatkan idea penubuhan European Super League (ESL) adalah ‘jenaka’ apabila ia diumumkan dan bersyukur Everton menjadi kelab yang begitu mengambil berat terhadap penyokongnya.

Everton mengutuk sekeras-kerasnya tindakan enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur yang bersetuju untuk menyertai ‘liga haram’ tersebut sehingga menimbulkan kemarahan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, kelab berkenaan mengatakannya tindakan enam kelab berkenaan membelakangkan penyokong masing-masing dan telah merosakkan reputasi liga paling popular di dunia itu.

“Reaksi pertama saya adalah mereka ini kelakar, ini adalah satu jenaka. Ianya jenaka kerana tak mungkin kejohanan tersebut akan berlaku, amat mustahil!” kata Ancelotti.

“Budaya sukan di Eropah tidak sama dengan sukan di Amerika. Bukan bermaksud kita betul dan mereka salah, tetapi kerana budaya masyarakat yang berbeza. Di Amerika Syarikat [AS], sukan di sana berbeza kerana sukan itu hiburan.

“Di Eropah, kita hidup dengan jiwa dan semangat. Apabila kita membesar, kita mahu menewaskan pasukan jiran. Berbeza dengan sukan di AS, bola sepak adalah sebahagian daripada perniagaan.

“Tetapi kita perlu mempertimbangkan kedua-duanya. Letakkan bola sepak sebagai sukan yang utama, kemudian barulah fikirkan tentang perniagaan.”

Ancelotti juga menegaskan Everton diibaratkan seperti sebuah keluarga di mana kelab dapat merasai samangat kebersamaan dan kasih sayang dari penyokongnya.

“Ia adalah hari yang cukup janggal buat mana-mana penyokong bola sepak. Memang kita ada dengar tentang ESL dalam beberapa blan ini, tetapi saya tak pasti sama ada ia benar-benar akan dilaksanakan.

“Apa yang saya boleh cakap, semua 12 kelab ini salah. Sebelum membuat keputusan, mereka tidak mendengar pendapat pemain, pengurus dan penyokong mereka dahulu.”

Selepas mendapat bantahan keras dari penyokong sendiri, semua enam kelab EPL berkenaanย  telah membuat keputusan untuk menarik diri.

Kredit Foto:ย Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:

Florentino Perez Belum Lagi Mengalah Walaupun ESL Sudah Mati

9 Kali Kuasa Penyokong Berkesan Tundukkan Kerakusan Pemilik Kelab

ESL Sebenarnya Didalangi Pemilik Kelab Dari Amerika Syarikat?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN