Kumpulan E: Liverpool ‘7 heavens’
Liverpool menang perlawanan UCL musim ini untuk kali pertama setelah 2 perlawanan sebelum ini berakhir seri.
Anak-anak buah Jurgen Klopp kali ini tidak begitu membazir berbanding dengan sebelum ini. 3 daripada 4 percubaan gol awal mereka adalah menghasilkan gol.
Firmino dan Salah masing-masing dengan 2 gol. Coutinho, Chamberlain dan Trent Alexander Arnold juga berada dalam senarai penjaring. Liverpool menang 0-7 di tempat lawan. Kemenangan terbesar Jurgen Klopp bersama Liverpool,
Dalam satu lagi perlawanan, Spartak Moscow juga menang besar 5-1 ke atas Sevilla.
Kumpulan F: City-Napoli Sengit!
Keputusan ini menyaksikan Liverpool naik ke tangga teratas, Spartak ke tangga ke-2 dan Sevilla ke tangga ke-3.
Manchester City diselamatkan oleh Eder! Jika tidak, mereka berkongsi mata dengan Napoli dalam perlawanan ini.
City memulakan perlawanan dengan 2 gol awal menerusi Raheem Sterling dan Jesus dalam 20 minit pertama.
Ia memberikan isyarat kurang baik kepada Napoli. Mana tidaknya? Sudah banyak lawan yang dibantai City dengan jumlah gol yang besar.
Separuh masa kedua, Napoli adalah pasukan yang berbeza. Mereka merapatkan kedudukan pada minit ke-73.
Sebelum itu, Ederson menyelamatkan penalti oleh Dries Mertens. Perlawanan berakhir 2-1. City kekal di atas dengan menang kesemua 3 perlawanan. Napoli turun ke tangga ke-3.
Ini selepas Shaktar Donestk mengalahkan Feyenoord di tempat lawan dengan keputusan 1-2.
Kumpulan H: Dortmund semakin sukar
Dalam kumpulan H, kedua-dua perlawanan berakhir dengan 1-1. Perlawanan di antara Real Madrid dan Spurs pastinya menjadi tumpuan.
Spurs turun dengan corak permainan lebih bertahan kali ini, Ianya lebih kepada 5-3-2. Real Madrid melakukan 21 percubaan ke arah gol Spurs.
Spurs di hadapan dengan jaringan sendiri oleh Varane pada minit ke-28. Cristiano Ronaldo menjadi penyelamat Real Madrid sekali lagi dengan gol penyamaan pada minit ke-43.
Tiada tambahan jaringan yang dilakukan. Paling mencuri tumpuan, aksi cemerlang Hugo Lloris yang menjadi antara sebab Real Madrid gagal menang perlawanan ini.
Lloris melakukan 7 aksi menyelamat dalam perlawanan ini. Beliau juga melakukan aksi point blank save ketika Benzema melakukan tandukan di hadapan gol.
Harry Kane turut terlepas untuk menjadi penjaring gol kemenangan dalam perlawanan ini.
Dalam satu lagi perlawanan, APOEL mengejutkan Dortmund dengan mengikat pasukan dari Jerman tersebut. Dortmund pastinya mengharapkan mereka menang perlawanan tersebut.
Pote meletakkan APOEL di hadapan pada minit ke-62. Sokoratis menyamakan kedudukan hanya selepas 5 minit daripada gol tersebut.
Keputusan seri ini meletakkan Dortmund kekal 6 mata di belakang Real Madrid dan Spurs. Ia bukan sesuatu yang cukup baik untuk Dortmund!