UCL: Dua Gol Cristiano Ronaldo Tak Cukup Untuk Halang Lyon Mara

Lyon cukup-cukup nafas untuk menyingkirkan Juventus selepas dua gol daripada Cristiano Ronaldo tidak cukup untuk menghalang kelab Perancis itu daripada mara ke peringkat suku akhir UEFA Champions League 2019/2020.

Mendahului 1-0  hasil kemenangan pada perlawanan pertama Februari lepas,  dia orang mendapat penalti awal yang disudahkan oleh sungkitan ala-Panenka Memphis Depay.

Pengadil Felix Zwayer menghadiahkan penalti tersebeut selepas Houssem Aouar kelihatan dijatuhkan dalam kotak penalti. Sedangkan Rodrigo Bentancur jelas memenangi bola dengan adil.

Gol tersebut bermakna Juventus perlu menjaringkan 3 gol  untuk mara. 

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama Juventus menerusi sepakan penalti pada hujung separuh pertama. 

Kemudian, 15 minit selepas separuh masa kedua bermula, Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan kaki kiri dari jarak jauh yang cemerlang. Penyerang Portugal tersebut mempunyai satu lagi peluang untuk menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan sudut, tetapi ia melewati palang.

Dengan kegagalan ini, Ronaldo terlepas peluang untuk memenangi trofi Champions League ketiga dengan pasukan berbeza – rekod yang sebelum ini hanya dikecapi oleh Clarence Seedorf. Tetapi masa mungkin nampak semakin suntuk buat pemain berusia 35 tahun tersebut.

Masa untuk Maurizio Sarri juga nampak semakin suntuk. Enam daripada kesebelasan utama Sarri pada awal pagi tadi sudah pun berusia 30 tahun ke atas. 

Meskipun Sarri berjaya membawa Juventus menjadi juara Serie A selepas hanya semusim bergelar pengurus di Turin, perlu diingat bahawa pencapaian tersebut hanyalah pencapaian minimum.

Bagi pengurus Juventus, pencapaian yang cemerlang diukur berdasarkan kebolehan seseorang pengurus menamatkan kemarau 25 tahun tanpa trofi Champions League. 

Jika tidak kerana gol Ronaldo, Juventus nampak seperti pasukan biasa.

Sarri bagaimanapun menekankan masa depannya takkan ditentukan oleh ahli-ahli lembaga pengarah Juventus berdasarkan keputusan satu perlawanan.

“Saya rasa mereka akan menilai apa yang saya dah capai sepanjang satu musim. Saya tersinggung bila soalan mengenai masa depan saya dikemukakan. Ia juga mungkin akan menyinggung perasaan ahli lembaga pengarah kelab kami. Saya ada kontrak dan saya akan hormatinya.”

Bagi pengurus Lyon, Rudi Garcia, beliau hanya lega dapat mengalahkan pasukan yang mempunyai ‘makhluk asing’.

“Ini kejayaan bersama. Kami mahu menjadi lapan pasukan terakhir di Lisbon, dan kami berjaya. Kami berjaya mengalahkan pasukan yang mempunyai makhluk asing, iaitu Ronaldo. Lihat sajalah gol keduanya.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN