UCL 2020/21: Masalah Chelsea Jadikan Skuad Tuchel ‘Underdogs’ Berhadapan City

Chelsea mara ke perlawanan akhir Champions League selepas mendominasi perlawanan timbal balik separuh akhir menentang Real Madrid di Stamford Bridge.

Skuad kendalian Thomas Tuchel mensia-siakan banyak peluang jaringan, namun sentuhan penyudah dari Timo Werner dan Mason Mount cukup untuk memastikan pertembungan dua kelab Inggeris dalam perlawanan akhir di Istanbul pada 29 Mei hadapan.

The Blues akan berhadapan dengan pendahulu Premier League, Manchester City. Berikut adalah beberapa pekara mengenai perlawanan pada awal pagi tadi.

Pilihan pemain yang tepat

Senarai kesebelasan utama Chelsea dalam perlawanan awal pagi tadi menjadi tanda tanya apabila penjaring gol dalam perlawanan pertama, Christian Pulisic diletakkan di bangku pemain simpanan.

Perkara sebenarnya ialah Tuchel berhadapan dengan dilema pemilihan pemain. Pengendali dari Jerman itu mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan, tetapi memilih kesebelasan terbaik yang bersesuaian dengan permainan adalah satu masalah berbeza.

Walaupun tanpa seorang penyerang No,9 elit, Tuchel masih mempunyai pilihan menurunkan gandingan pemain serangan seperti Kai Havertz, Hakim Ziyech atau Werner dan Mason Mount. Ini bermakna Chelsea mengabaikan pemain-pemain seperti Olivier Giroud, Tammy Abrahan dan Callum Hudon-Odoi.

Jika dibandingkan, Tuchel mempunyai lebih banyak pilihan berbanding Zinedine Zidane bersama Real Madrid. Pulisic bagaimanapun cemerlang selepas dimasukkan, dan prestasi pemain antarabangsa Amerika Syarikat ini akan mendesak Tuchel agar dirinya berada di dalam kesebelasan utama di Istanbul.

Chelsea bazir banyak peluang 

Tuchel sepatutnya bergembira dan menikmati kemaraan ke perlawanan akhir Champions League – buat musim kedua berturut-turut. Namun barisa pemainnya membuatkan beliau tidak tenang di kawasan teknikal sepanjang perlawanan.

Indikasi awal Chelsea cenderung menyukarkan diri dalam perlawanan ini ialah apabila Werner bertindak kurang bijak tidak menyedari diri dalam keadaan offsaid apabila menjaringkan gol yang dibatalkan.

Syukurlah Werner mampu menyempurnakan peluang yang terhidang selepas itu. Tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku. Walaupun hanya berjarak satu kaki daripada bola muntah setelah percubaan lambung Havertz megenai palang, Werner turut berkemungkinan gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Babak kedua perlawanan adalah contoh jelas bagaimana Chelsea membazirkan deretan peluang. Mount dan Havertz masing-masing memiliki peluang terhidang untuk membunuh perlawanan ini lebih awal.

Berhadapan Manchester City yang berada di tahap terbaik mereka pada masa ini, Tuchel tahu anak buahnya perlu lebih klinikal jika mahu bergelar juara.

Mendy cemerlang untuk Chelsea

Mendy mungkin bukan pemain berprofil tinggi berbanding lima pemain lain yang didatangkan oleh Frank Lampard pada musim panas lalu. Namun sumbangan penjaga gol ini adalah paling menyerlah di kalangan mereka,

Hanya dengan pelaburan £22 juta, Mendy menyingkirkan penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga ke bangku pemain simpanan, menjadikan setiap sen yang dibayar Chelsea kepada Rennes sebagai pelaburan yang berbaloi.

Tanyakan sahaja kepada Karim Benzema dan rakan-rakan beliau yang lain di Real Madrid. Sebelum Werner meletakkan Chelsea di hadapan, Mendy menafikan percubaan Benzema – aksi menyelamat yang mungkin tidak mampu dilakukan Kepa.

Bukan sekali dua Mendy manafikan Benzema dalam perlawanan ini. Begitu juga ancaman daripada Eden Hazard. Chelsea sudah lama tidak mempunyai seorang penjaga gol yang mampu beraksi cemerlang dan konsisten seperti ini sejak Thibaut Courtois berhijrah ke Madrid.

Untuk komen yang adil, aksi Courtois dalam perlawanan ini juga harus diberikan kredit apabila acap kali menafikan barisan penyerang Chelsea dalam situasi satu lawan satu.

Kante tetap ‘another level’

Aksi N’Golo Kante mungkin mengingatkan Real Madrid mengapa mereka pernah mengintai khidmat pemenang Piala Dunia itu suatu ketika dahulu. Dan ia mungkin satu penyesalan kerana perpindahan tersebut tidak pernah direalisasikan.

Pemain antarabangsa Perancis itu memberi masalah kepada barisan pemain Real Madrid sepanjang perlawanan dengan lariannya yang tidak mengenal penat lelah dalam kedua-dua pertemuan timbal balik.

Contoh jelas ancaman daripada Kante ialah hantaran yang dilakukan kepada Havertz yang menjadi punca gol pembukaan oleh Werner.

Sejak musim lalu karier Kante banyak dihiasi oleh isu kecederaan dan kecergasan. Kini bintang Perancis yang dikenali dengan sifat merendah diri ini sudah kembali ke prestasi asal. Chelsea ibarat sebuah pasukan yang berbeza apabila pemain ini berada di tahap terbaiknya.

Rumusan: Chelsea tetap underdogs

Chelsea akan tampil sebagai underdogs dalam perlawanan ini walaupun mereka menewaskan Manchester City di separuh akhir Piala FA pada bulan lalu. Pep Guardiola tidak menurunkan kesebelasan terbaiknya di Wembley pada ketika itu, namun keadaan pasti akan berbeza di Istanbul.

City juga memiliki satu lagu kelebihan. Mereka mampu menukar pemain dan merehatkan beberapa pemain utama pada penghujung musim berdasarkan kelebihan yang mereka miliki di keduduka teratas Premier League menuju penghujung musim. Chelsea pula masih berada dalam tekanan untuk menamatkan musim di kedudukan empat teratas, selain perlawanan akhir Piala FA menentang Leicester City yang perlu diharungi.

 

 

Baca artikel lain mengenai Chelsea melalui pautan berikut:

Chelsea Bakal Libatkan Penyokong Dalam Menentukan Masa Depan Kelab

Chelsea Dijangka Atasi Man United Untuk Dapatkan Raphael Varane

Thomas Tuchel Mahu Lebih Kenangan Indah Bersama Chelsea

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN