Kelibat Nick Swirad Di Darul Aman Cetus Tanda Tanya

Keesh Nick Swirad Kpah Sherman Kedah 2021

Selain insiden pergaduhan antara pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), kelibat Nick Swirad di Stadium Darul Aman juga menarik perhatian.

Adakah pemain kacukan Malaysia-England ini dalam proses untuk menyertai Kedah? Selepas meninggalkan Selangor FC pada permulaan musim ini, Nick Swirad telah mengambil langkah besar ke saingan Thai League 2 bersama Nongbua Pitchaya.

Menyertai mereka hanya untuk tempoh kontrak dua bulan, beliau membantu kelab itu meraih kejuaraan Thai League 2 dan layak ke saingan utama musim depan.

Ketika bercakap kepada Semuanya BOLA apabila tiba di bumi Gajah Perang, beliau menganggap peluang di sana sebagai satu ‘gateway’ buat dirinya selepas ‘terluka’ dengan apa yang berlaku ketika proses memeterai kontrak bersama KL City.

Pemain yang beraksi di posisi bek tengah itu tampil dalam lima perlawanan dan meledak satu gol bersama Nongbua Pitchaya menuju ke penghujung musim 2020. Adakah beliau bakal kembali mewarnai Liga Malaysia untuk bersama Kedah?

Menurut portal Arena HijauKuning yang berkongsi foto pemain tersebut di tempat duduk penyokong, beliau ketika ini dalam proses perbincangan bersama sebuah pasukan. Dengan keberadaannya di Darul Aman, adakah beliau sengaja untuk berada di sana? Mustahil untuk pemain yang tiada kaitan untuk dibenarkan masuk.

Dan kemungkinan untuk menyertai JDT pula sangatlah mustahil kerana faktor usianya yang tidak akan menarik perhatian juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

Tambah menarik, dua rakannya ketika bersama PKNS FC (kini Selangor 2) ada bersama Kedah ketika ini iaitu penyerang sensasi, Kpah Sherman dan bek tengah, Rodney Calvin. Ini akan memudahkan proses transisinya bersama mereka.

Mengapa pula Kedah mahu menagih kudratnya? Jelas, kekurangan Kedah yang dibincangkan sejak sebelum liga bermula adalah di benteng. Dan dalam pusingan pertama jelas kelihatan ia sedikit sebanyak mengganggu perancangan pasukan.

Dengan kecederaan dan penggantungan yang silih berganti, Kedah adakalanya terpaksa bergantung kepada pemain tengah, Amirul Hisyam untuk mengambil alih peranan sebagai bek tengah. Ini kelemahan terbesar buat skuad Hijau Kuning.

Dan pemain pertahanan yang sedia ada di dalam pasukan mungkin tidak mencapai tahap yang dinginkan pengendali, Aidil Sharin Sahak. Kita juga dapat lihat pemain seperti Zulkhairi Zulkeply masih belum tampil biarpun posisi itu kritikal.

Masih ingat dengan artikel Semuanya BOLA tentang khabar angin tentang Daniel Ting bakal menyertai Kedah pada awal musim lalu? Mungkinkah pemain yang gagal capai kata sepakat dengan KL City dan dikatakan menuju ke Kedah ketika itu adalah Nick Swirad, bukanlah Daniel Ting. Semuanya BOLA akan dapatkan jawapan Nick Swirad.

Baca lagi artikel lain mengenai Nick Swirad dan Kedah:

EKSKLUSIF: Dari Manchester Ke Malaysia, Hijrah Nicholas Swirad Demi Harimau Malaya

Nick Swirad, Khyril Muhymeen Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Selangor?

Nick Swirad Jadikan Thailand Sebagai ‘Getaway’ Lepas ‘Ditolak’ KL United?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN