Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyasarkan kemenangan ke atas Olympiakos dalam perlawanan pertamanya di Stadium Tottenham untuk membawa pasukan itu ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Mourinho sebelum ini pernah memenangi kejuaraan terbesar Eropah itu bersama Porto dan Inter Milan. Beliau menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat pada minggu lepas berhasil mencatat kemenangan pertamanya bersama Spurs selepas menundukkan West Ham 3-2 pada Sabtu.
Spurs kini di tempat kedua kumpulan B dan berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mereka menewaskan kelab Greece itu.
“Dengan pemain-pemain ini, saya tidak gentar untuk aksi UCL,” kata Mourinho kepada BBC.
🎙️ Jose: “If you can win at home in your first game that’s also important. Our stadium is the best stadium in the world and we have great support, so we are going to try to have a good result and qualify.” #UCL ⚪️ #COYS pic.twitter.com/OdCshW3svI
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 25, 2019
Tottenham mara ke perlawanan akhir UCL pada musim lepas tetapi tewas 2-0 kepada Liverpool. Kemudian pasukan itu bergelut pada awal musim ini termasuk dimalukan di hadapan penyokong sendiri selepas dibelasah 7-2 oleh Bayern Munich.
Namun nasib mereka diselamatkan dengan dua kemenangan berturut-turut ke atas Red Star Belgrade – 5-0 di tempat sendiri dan 4-0 di Serbia – menjadikan kedudukan mereka agak selesa untuk mara ke pusingan kalah mata untuk tiga musim berturut-turut.
“Kami wajib layak ke pusingan seterusnya. Selepas pasukan saya mara ke peringkat suku akhir, saya beranggapan kami mempunyai peluang yang lebih besar. Pada saat ini kami masih jauh daripada kejuaraan,” ujar Mourinho.
A good session. All set for tomorrow to keep the momentum #COYS #UCL pic.twitter.com/8w8loJBlew
— Harry Kane (@HKane) November 25, 2019
“Setiap kempen UCL, ada beberapa perkara yang agak rumit untuk dijelaskan yang boleh menyebabkan kamu berjaya mahupun gagal. Beberapa kali saya tewas dalam penentuan sepakan penalti atau tewas dengan jaringan pada minit-minit akhir.
“Seperti Spurs pada musim lepas, meraka ada sedikit ‘tuah’. VAR memihak kepada mereka [ketika menang ke atas Manchester CIty] dan begitu juga gol saat akhir oleh Lucas [Moura] di Armsterdam. Melangkah ke peringkat akhir adalah pencapaian, tetapi ia tidak akan terpahat sebagai ‘sejarah’.
“Saya menyukai kejohanan ini seperti mana orang lain. Bukan semua orang mendapat peluang untuk menjadi pemenang UCL. Saya sudah melakukannya dua kali dan sudah tentu saya gembira jika dapat meraihnya buat kali ketiga.”
Tottenham akan terlepas khidmat Ben Davies yang masih belum pulih daripada kecederaan buku lali.
TEAM NEWS:
➡️ @Ben_Davies33 (ankle): Injury sustained against West Ham. Under assessment and unavailable.
➡️ Hugo Lloris (elbow), @ErikLamela (hamstring) and @Vorm_Official (calf): Continuing rehabilitation. #UCL ⚪️ #COYS pic.twitter.com/TmxJmdWxxK
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 25, 2019
Olympiakos pula kini di puncak Liga Super Greece tetapi kini menghuni kedudukan terbawah kumpulan B selepas hanya mengumpul satu mata sahaja daripada empat perlawanan.
Kredit foto: Spurs Official