Sukan SEA 2019: Lepaskan Tiga Peluang, Hadi Fayyadh Kecewa Gagal Bantu Raih Tiga Mata

Hadi Fayyadh Malaysia Myanmar Sukan SEA 2019

Penyerang skuad negara, Hadi Fayyadh Abd Razak tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya kerana gagal membantu skuad negara membenam Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan A apabila terikat dengan keputusan 1-1 di Stadium Memorial Rizal.

Walaupun berhasil meledak satu gol untuk mengejar Myanmar iaitu menerusi tandukkannya pada minit ke-24, namun ianya tidak mancukupi untuk memberikan tiga mata yang diburu oleh Harimau Muda sebelum perlawanan pertama Sukan SEA bermula.

“Pertama sekali, saya bersyukur kerana berjaya menghasilkan gol pada hari ini tetapi pada masa yang sama saya sedikit kecewa kerana kami gagal mendapat mata penuh,” ujarnya ringkas.

Penyerang tinggi lampai itu memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik untuk memberikan Malaysia gol pendahuluan namun sentuhan akhirnya tampak sedikit tumpul serta gagal menganggu-gugat penjaga gawang Myanmar, Sann Sat Naing.

Paling hampir adalah menerusi tandukannya pada minit ke-60 yang cemerlang dinafikan oleh penjaga gol lawan, sementara dua lagi tandukannya pada minit ke-36 dan ke-87, hanya tersasar.

Memetik kenyataannya di New Straits Times, penyerang kelab Fagiano Okayama itu menyatakan tugasan menjaringkan gol adalah tugasnya dan dia gagal menyempurnakannya sambil menjelaskan jaringan adalah segalanya dalam bola sepak.

“Dalam bola sepak, menjaringkan gol adalah segalanya. Itu adalah cara untuk kita memenangi perlawanan dan sebagai penyerang, itu adalah tugas saya untuk memburu gol,” jelas Hadi Fayyadh lagi.

Penyerang berusia 19 tahun itu digandingkan oleh Datuk Ong Kim Swee bersama Akhyar Rashid dan pemain meningkat naik, Luqman Hakim Shamsudin di jentera hadapan dengan formasi 3-4-3 dalam usaha memburu gol, namun dilihat gagal memberikan hasil.

Walaupun terdapat beberapa gerakan skuad negara seakan-akan mampu menjelmakan gol namun sentuhan akhir serta ketangkasan Sann Sat Naing telah membuatkan pemain-pemain negara buntu.

“Pasukan telah berikan 100 peratus pada hari ini dan kita miliki beberapa peluang terbaik tadi. Beberapa kali juga kita mengegar gol lawan tetapi kita gagal menghasilkan gol,” tambahnya lagi.

Mujur buat skuad muda negara apabila tuan rumah juga sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kemboja selepas itu. Selepas ini, Malaysia akan turun menentang Filipina pada Jumaat.

Kredit Featured Image: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN