MSL 2020: Anggap Misi Tidak Mustahil, Presiden UiTM FC Sasar Kedudukan Lima Teratas

Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah mahu membuktikan pasukan universiti bukanlah skuad belasahan dalam saingan Liga Super 2020 apabila sudah membuat persiapan rapi termasuklah dalam aspek kewangan.

Meskipun mengakui kewangan UiTM FC tidaklah sehebat pasukan Liga Super lain yang lebih berpengalaman namun beliau akan berusaha memastikan perbelanjaan diurus secara berhemah bagi memastikan mereka mampu memberi saingan hebat pada musim pertama.

Beliau juga amat yakin dengan barisan pengurusan UiTM FC yang tidak pernah berdepan masalah dalam soal gaji pemain selain mempunyai kemampuan kewangan yang baik untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Apa yang penting, Azizan enggan lagi UiTM FC dipandang sebelah mata kerana beliau percaya pasukan itu akan tampil melakar kejutan pada musim depan.

“Kami akan menguruskan kelab dengan perbelanjaan berhemah sebab kita tahu seperti mana-mana kelab lain yang mempunyai kewangan yang kukuh biasanya akan mempunyai pemain yang hebat-hebat.

“Dari segi kewangan, UiTM FC ini tak adalah besar sangat nak dibandingkan dengan kelab-kelab yang lain tetapi kita sedaya upaya berusaha keras menyediakan yang terbaik buat pasukan kita.

UiTM FC
Prof Dr Azizan Abdullah

“Dengan barisan pengurusan yang berpengalaman, saya percaya mereka akan berikan yang terbaik buat pasukan seperti mana bila UiTM diamanahkan menjadi Pusat Kecemerlangan Bolasepak pada tahun 2011,” katanya.

Pada musim lalu, Azizan meletakan sasaran untuk berada di kedudukan ketiga namun meraih kedudukan di tangga kelima dalam Liga Premier.

Kali ini, beliau meletakan sasaran untuk pasukan berada sekurang-kurangnya kedudukan lima teratas Liga Super dan yang paling utama adalah untuk memastikan UiTM FC tidak lagi tersungkur ke saingan Liga Premier.

“Walaupun musim ini UiTM FC di tangga kelima Liga Premier, tetapi saya tetap berbangga kerana mereka layak naik ke Liga Super.

“Kalau boleh kita mahu berada dalam kedudukan kelima pada musim depan, tetapi saya tahu bukan mudah.

“Malah kita sedar apabila masuk ke Liga Super ini, permainan akan menjadi lebih mencabar dan kualiti permainan juga berbeza tetapi dengan usaha keras, semuanya tidak mustahil,” katanya.

Kredit foto: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN