‘Ubi’ JDT Daryl Sham Bakal Jadi Pemain Terpenting Malaysia Di Masa Depan

Daryl Sham
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Disebalik kejuaraan Liga Premier yang dimenangi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) II baru-baru ini, terdapat seorang pemain muda yang begitu menonjol musim ini dan menjadi tonggak penting dalam membantu pasukan ini merangkul kejuaraan liga pertama untuk mereka.

Dengan usia begitu muda namun berjaya meledak sembilan jaringan dari permainan terbuka, ia membuktikan  pemain ini sangat tajam bila di hadapan gol.

Pemain yang dimaksudkan adalah Daryl Sham, anak kelahiran Johor yang semakin mencipta nama di Liga Malaysia.

 

Apa yang lebih membanggakan adalah beliau meletakkan namanya pada kedudukan kedua penjaring terbanyak dalam saingan Liga Premier dibelakang pemain Kuching City, Abu Kamara yang mengumpul 11 gol.

Biarpun penyerang utama JDT II adalah Fernando Rodriguez tetapi pemain muda ini masih mampu menjadi penjaring terbanyak dalam pasukan beliau.

Jika kita lihat kembali statistik jaringan beliau bersama JDT II, biar pun saiz agak kecil namun lima jaringan hadir daripada tandukan sudah cukup membuktikan dirinya begitu bijak mengambil peluang serta tahu berada di tempat yang betul.

Untuk rekod, Daryl cumalah berketinggian 1.7 meter sahaja.

Ini jaringan yang terhasil dalam perlawanan terakhir liga menentang Selangor 2. Lihat bagaimana pemain muda ini menunggu masa yang sesuai sebelum melonjak melakukan tandukan.

Tugas utama seorang pemain yang diberi peranan untuk menjaringkan gol adalah mereka perlu ada satu naluri tajam agar boleh bertindak pantas di hadapan gol untuk memastikan hantaran rakan dapat disudahkan dalam bentuk jaringan.

Kita boleh lihat ada pasukan yang mempunyai deretan peluang namun gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Maka sebab itu kedudukan terakhir seseorang pemain sangat penting sama ada dirinya dapat menjaringkan gol atau menpersia peluang tersebut.

Bagi seorang penyerang, sememangnya misi mereka adalah menjaringkan gol namun jika dirinya boleh bertindak menjadi penghubung untuk rakan sepasukan menghasilkan gol, dia adalah seorang pemain yang begitu berharga.

Boleh memainkan banyak peranan akan memberi kelebihan buat pemain tersebut selain jurulatih mempunyai lebih banyak pilihan taktikal untuk diterapkan ketika berhadapan dengan sesebuah pasukan.

Ini yang ada pada pemain berusia 20 tahun ini, selain boleh menjaringkan gol, Daryl juga boleh bantu rakan yang menghasilkan jaringan.

Dengan larian deras serta kawalan bola yang baik, pemain seperti ini perlu dijaga agar bakat yang ada pada dirinya tidak dipersia begitu sahaja.

Dengan kelebihan yang ada ini, kita ingin melihat gaya permainan pemain ini terus meningkat kerana Harimau Malaya masih ketandusan penyerang yang benar – benar boleh memberi ancaman dalam bentuk jaringan kepada pihak lawan.

Jika Daryl ini terus memberikan prestasi yang baik, peluang untuk beliau mengisi tempat sebagai penyerang dalam skuad remaja atau senior kebangsaan pasti cerah.

Kali terakhir kita mempunyai penyerang tulen tempatan yang berbahaya adalah Safee Sali. Selepas itu kita mengalami sedikit kesukaran dibahagian serangan sehingga kini.

Harap JDT boleh beri peluang kepada pemain ini dalam saingan Piala Malaysia agar Daryl dapat merasa tahap kompetitif perlawanan yang lebih sengit selain membina keyakinan lebih tinggi untuk bersaing dengan pasukan lebih kuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN