Tunggakan Hutang Sarawak United Kepada Mendiang B.Satiananthan Masih Belum Langsai

B. Satianathan

Isu tunggakan pembayaran gaji kepada bekas pemain dan kejurulatihan Sarawak United sehingga kini masih belum selesai dan dilihat tidak ada sebarang inisiatif besar dilakukan mereka untuk menamatkannya.

Paling terkesan sekali, pastinya membabitkan bekas jurulatih berpengalaman negara yang sudah pun meninggal dunia sebelum itu, B. Satiananthan selepas tunggakan pembayaran daripada Sarawak United masih belum dilangsaikan.

“Ini Hanya Permulaan”- Sarawak United Diarah Bayar Gaji Satiananthan

Mendiang yang pernah bertugas selaku pengendali utama pasukan itu musim lalu antara yang memperjuangkan hak beliau yang masih belum diselesaikan oleh kelab tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

Disebabkan itu, Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) menyatakan mereka sesekali tidak akan berdiam diri tentang hak mendiang yang masih belum diselesaikan oleh Sarawak United.

Datuk Ong Kim Swee selaku Pemangku Presiden PJBM menyatakan pihak mereka akan mengadakan perbincangan seterusnya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera agar nasib mendiang dapat dibela.

Jelas Ong, isu tunggakan gaji itu bukan sesuatu baharu lagi kerana ia dianggap sebagai penyakit yang semakin membarah dalam industri bola sepak tanah air dan mendiang Satiananthan antara contoh kepada situasi tersebut.

Tambah pengendali Sabah itu, beliau berharap agar tiada lagi isu seperti itu akan berlaku pada masa akan datang dengan isu tunggakan gaji masih terjadi walaupun individu yang menuntut tersebut sudah meninggal dunia.

“Jangan tunggu sehingga seseorang mati dan tidak mendapat wangnya sehingga hari ini… ini tidak masuk akal dan kita perlu menghentikannya daripada berlaku.

“Kami akan mengambil langkah susulan bagi menangani masalah ini. Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) berjuang untuk pemain, namun timbul persoalan pula siapa membela hak jurulatih.

“Oleh sebab itu, PJBM mahu ahlinya sedia maklum bahawa kami mempunyai mekanisma dan prosedur untuk menuntut hutang mereka kepada majikan masing-masing,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Sarawak United antara pasukan paling mencuri tumpuan pada musim lalu bersama Melaka United dengan membabitkan isu tunggakan gaji berskala besar dan turut melibatkan pemain import.

TERKINI: B. Satianathan Kini Sudah Tiada

Walaupun pelbagai amaran sudah dikeluarkan, inisiatif untuk melangsaikan hutang itu dianggap masih belum berlaku dan dianggap memalukan industri bola sepak tanah air kini.

Ketika mendiang Satiananthan masih ada, beliau antara yang lantang menuntut kembali pembayaran tunggakan gaji tersebut dapat dilangsaikan namun hasil yang diperoleh sangat mengecewakan.

Rekod hutang Sarawak United kepada mendiang Satiananthan difahamkan berjumlah RM345,000 dan sehingga kini masih belum dilangsaikan oleh pasukan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN