Nathaniel Hong Wan Antara Muka Baharu Dipanggil Sertai Kem Harimau Malaya

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Nathaniel Shio Hong Wan antara muka baharu yang berjaya menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk disenaraikan bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan bakal mengharungi dua aksi antarabangsa pada bulan September ini untuk menghadapi dua pasukan kuat di Asia iaitu China dan Syria bagi perlawanan persahabatan Tier 1.

Seramai 26 pemain telah pun disenaraikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum itu dengan Hong Wan menjadi antara nama yang jelas sangat menarik perhatian ramai.

“Berikut senarai nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, masing-masing pada 6 dan 9 September 2023 di Chengdu, China,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh FAM.

Musim ini boleh dikatakan sesuatu yang sangat positif buat pemain muda itu bersama JDT di pentas domestik, selepas penampilannya memberi impak cukup besar bersama skuad tersebut.

Beraksi di posisi tengah, bekas pemain Wolverhamton Wanderers itu berjaya menjadi nadi penting buat JDT bagi menggantikan terus khidmat Natxo Insa menerusi kualiti diberikannya.

Menyedari dua aksi besar bakal diharungi negara, pastinya kualiti dimiliki Hong Wan kini ditagih oleh Kim yang mahu memperkukuhkan jentera tengah negara khususnya daripada segi kreativiti serta serangan.

Selain Hong Wan, sembilan lagi pemain JDT turut disenaraikan untuk menjadikan pasukan tersebut mendominasi dalam senarai panggilan ke kem latihan pusat Harimau Malaya tidak lama lagi.

Kehadiran Arif Aiman Hanapi pastinya terus ditagih selepas kualiti yang dipamerkan beliau ketika menentang Papua New Guinea serta Kepulauan Solomon lalu memberi impak cukup besar di posisi serangan.

Tembakan Hong Wan Bikin Tembok KL City Roboh Untuk Julang Piala FA

Sabah pula menjadi pasukan kedua yang menguasai senarai panggilan ke kem antarabangsa dengan Stuart Wilkin, Darren Lok, Damien Lim, Dominic Tan, serta Daniel Ting turut tersenarai kali ini.

Trio Selangor yang dipanggil kali ini pula membabitkan pemain sensasi negara iaitu Faisal Halim, Brendan Gan, serta Quentin Cheng menarik perhatian pengendali dari Korea Selatan itu.

Pemain Sri Pahang juga turut mendapat perhatian tersendiri dengan Sergio Aguero, Azam Azih, serta Nur Shamie Iszuan bakal memperkukuhkan jentera tengah buat Harimau Malaya.

Kedah Darul Aman (Kedah), Kuala Lumpur City (KL City), Buriram United, serta Dewa United masing-masing mempunyai seorang wakil pemain sahaja untuk panggilan kali ini bersama Harimau Malaya.

20 pemain lagi turut disenaraikan sebagai persediaan untuk menggantikan 26 tonggak utama dengan David Rowley, Syafiq Ahmad, serta beberapa lagi menjadi antara nama besar mencuri perhatian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN