“Ini Hanya Permulaan”- Sarawak United Diarah Bayar Gaji Satiananthan

Kemelut yang melanda antara pengendali berpengalaman negara iaitu B. Satiananthan bersama Sarawak United bagaikan sudah mula menemui detik pengakhiran buat jurulatih tersebut.

Apa tidaknya, status terbaharu menyaksikan jawatankuasa status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan arahan supaya pasukan tersebut melunaskan baki lima bulan gaji kepada Satiananthan.

Menurut pengendali tersebut, ianya merupakan suatu permulaan dalam perjuangan beliau untuk menuntut kembali keadilan buat Sarawak United menjalankan tanggungjawab mereka buat Satianathan sejak sekian lama.

Walaupun begitu, Satiananthan tidak mendedahkan jumlah pembayaran yang perlu dibuat oleh pihak pengurusan pasukan tersebut kepada beliau secara umum.

Selepas menunggu lebih lapan bulan untuk menuntut kembali hak sepatutnya diberikan, Satiananthan menganggap ia sesuatu berbaloi selepas Sarawak United diarah bayar pada kadar segera untuk mengelak tindakan susulan.

“Baru-baru ini jawatankuasa status FAM sudah bermesyuarat dan memutuskan pihak Sarawak United perlu membayar segala tunggakan gaji ketika saya bersama pasukan itu.

“Tunggakan itu bukanlah pengakhiran kerana hanya permulaan kepada tuntutan lain yang masih lagi dalam perbincangan untuk diselesaikan.

“Saya tidak tahu mereka (Sarawak United) boleh bayar atau tidak namun apabila keputusan sudah dikeluarkan mereka perlu melunaskannya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod, Satiananthan telah mendedahkan mengenai masalah Sarawak United yang gagal untuk menjelaskan gajinya dalam tempoh lima bulan selain turut berhadapan isu pembayaran membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jodoh Satiananthan bersama Sarawak United juga tidak begitu lama, selepas kontrak pengendali berkenaan tamat lebih awal kerana faktor kesihatan pada 12 Jun tahun lalu.

Dikhabarkan juga nilai hutang yang tertunggak membabitkan pasukan itu kepada Satiananthan juga telah mencecah hampir setengah juta ringgit dan membabitkan pelbagai kos termasuk bil rawatan di hospital.

Untuk memastikan hak beliau terbela, Satiananthan turut menyatakan beliau tidak akan terus berdiam diri, sekiranya pasukan tersebut masih sukar untuk melunaskan pembayaran kepada dirinya.

“Saya beri masa kepada Sarawak United untuk membuat pembayaran seperti diarahkan jawatankuasa itu namun tidak akan duduk diam jika mereka gagal melunaskan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN