Bekas pemain Olimpik 1980, Ramli Junit berkata beliau hairan apabila Melaka United sering kali gagal mencapai kejayaan, walaupun berhak untuk mendapatnya.
Luahannya yang dibuatnya kepada Berita Harian itu turut menyatakan yang walaupun pada dua musim terakhir ini pada awalnya, seakan-akan kejayaan akan diperolehi oleh skuad Hang Tuah, namun sebalik pula akan berlaku pada penghujung musim.
Katanya yang turut memberi saranan pihak pengurusan merubah tumpuan, “Pada musim ini semua menjangkakan pasukan Hang Tuah mampu menjadi pencabar utama Liga Malaysia atau meraih kedudukan terbaik liga namun sebaliknya berlaku. Setiap awal musim sasaran amat positif namun akhirnya tidak menjadi kenyataan.”
#bolatime #melaka Sudah sampai masanya pasukan Melaka United (MU) memberi keutamaan kepada pemain muda sebagai persiapan jangka panjang dalam misi meraih kejayaan besar di pentas Liga Malaysia. https://t.co/FOJtnOElaW
— Harian Metro (@hmetromy) November 28, 2020
“Sehubungan itu, lebih baik penumpuan kepada pembentukan bakat baharu dengan sasaran lebih relevan dan bukan janya tinggal impian sahaja,” jelasnya lagi sambil menekankan yang beliau hairan walaupun dibarisi bekas pemain skuad kebangsaan, Melaka United akhirnya masih tetap gagal memberikan sesuatu yang hebat.
Apa yang dikatakan Ramli Junit itu ada benarnya. Kelibat pemain-pemain seperti Khairul Fahmi, Razman Roslan dan Safiq Rahim ada dalam memperkuatkan cabaran pasukan, namun mereka masih gagal untuk menempatkan diri di posisi lebih baik.
Shukor Adan Beri Melaka United Tiga Hari Selesaikan Isu Gaji Tertunggak – https://t.co/a3LCz2iUve pic.twitter.com/dJQHD741Ap
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 25, 2019
Malah, jika dilihat, prestasi mereka hanya baik pada permulaan musim. Selepas sahaja minggu ketiga dan seterusnya, skuad Hang Tuah tenggelam dan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-9. Apa sebenarnya yang menjurus kepada situasi ini?
Jika anda masih ingat, musim lalu, Melaka United mengalami masalah tunggakan gaji sehingga memaksa kapten ketika itu, Shukor Adan bersuara seterusnya mengangkat kaki meninggalkan pasukan ketika saingan suku akhir Piala Malaysia.
Aku tak paham betul kenapa ada players would still consider Melaka as a potential destination. Gaji berbulan tak bayar and there are no guarantees that history will not repeat itself next year.
Hairan.
— Ismael Wong (@tiupangin) November 25, 2020
Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, pasukan tersebut masih memiliki masalah tunggakan gaji terkini. Selain pemain pertahanan, Curran Ferns, seorang lagi pemain senior turut memaklumkan kepadanya tentang perkara tersebut.
Sedikit menimbulkan persoalan adalah pada September lalu, Melaka United menerusi Naib Presidennya, Mohd Ashiq Abd Samad dipetik berkata kepada Harian Metro yang mereka sudah bebas sepenuhnya daripada masalah tunggakan gaji.
Sebenarnya, inilah isu yang membelenggu Melaka United walaupun memiliki pemain-pemain yang berpengalaman. Rasanya ia mampu menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Ramli Junit tentang mengapa mereka sering gagal capai kejayaan.
KREDIY FEATURED IMAGE: MUSA
Baca lagi artikel mengenai Melaka United:
Zainal Abidin Berahsia Tentang Perubahan Taktikal Melaka United