Tun Aminah Minta TMJ Tidak Terlalu Lama Jadi Presiden FAM

Sejak menggalas tugasan sebagai Presiden FAM, TMJ telah menanggung banyak kritikan. Pada masa yang sama baginda berterusan cuba memberikan yang terbaik untuk bola sepak Malaysia.

Selepas kecaman beberapa media tempoh hari, laman JST memberikan sokongan dengan cara sinikal.

Hari ini, Presiden Kelab JDT, Tunku Tun Aminah telah menzahirkan pandangan baginda. Tun Aminah berharap agar TMJ mempertimbangkan untuk tidak terlalu lama menggalas tugasan sebagai Presiden FAM.

Tun Aminah berkata:

“Saya berharap DYAM Tunku Mahkota Johor tidak berada lama sangat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).”

Tun Aminah juga berpandangan bahawa adalah lebih baik TMJ fokus kepada JDT sahaja kerana di situ baginda lebih dihargai.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

“Lebih baik berkhidmat di mana anda dihargai dan disayangi. Tidak usahlah berada di sana terlalu lama dan lebih baik pulang daripada tempat yang anda tidak dihargai.”

“Walaupun JDT telah berada di tahap yang tinggi, bawalah JDT ke tahap yang lebih tinggi lagi, dan berikan tumpuan kepada Negeri Johor yang menghargai dan menyanyangi anda.”

Kami yakin TMJ seorang yang cukup kuat untuk menghadapi kritikan daripada peminat bola sepak.

Baginda sudah pastinya sudah faham sangat dengan dunia pengurusan bola sepak yang penuh dengan tekanan dan desakan daripada pelbagai sudut.

Bukan semua peminat yang tidak menghargai TMJ, kami yakin lebih ramai yang yakin dengan kepimpinan TMJ dalam memacu bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik.

Ayuh TMJ! Kekal bersemangat!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN