‘Tuhan Belum Izinkan’ – Malini Nordin Pasrah 3 Kali Berturut-Turut Sekadar Naib Juara PTSR

Malini Nordin PTSR

Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Peribahasa Melayu ini mengajar kita agar bersabar melakukan sesuatu sehingga mencapat matlamat atau mengecapi kejayaan.

Mungkin itulah situasi yang sesuai untuk menggambarkan keadaan Malini Nordin, kapten skuad wanita Negeri Sembilan yang menamatkan saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) selaku naib juara buat kali ketiga berturut-turut dalam kariernya.

Dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad, Melaka United berjaya mempertahankan kejuaraan selepas menang 1-0 hasil jaringan Fatin Shahida Azmi pada masa tambahan.

PTSR 2022: Jaringan Masa Tambahan Fatin Shahida Julang Melaka United Pertahan Kejuaraan

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Malini tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, namun pasrah dengan ketentuan takdir meskipun telah beraksi sepenuh jiwa raganya demi memburu kejuaraan buat diri dan pasukan.

“Sememangnya saya agak kecewa tak dapat bantu cipta sejarah buat Negeri Sembilan. Pasukan ini tidak pernah mara sejauh ini,” ujar pemain kebangsaan berusia 36 tahun itu.

“Bagi saya secara peribadi memang kecewa sangat sebab sasaran saya selepas kali ketiga ketiga ke final memang saya nak angkat piala kerana sebelum ini saya banyak bermain di luar.

“Tahun 2018 saya main untuk Melaka, final bertemu Kedah saya naib juara. Kemudian 2019 saya ke Kedah, final dengan Melaka saya naib juara lagi. Jadi saya ingat mungkin rezeki saya kali ini, tapi Tuhan belum berikan walaupun kami dah usaha.

“Walaupun pada pandangan orang luar Negeri Sembilan ini ‘JDT versi perempuan’, tapi hakikatnya tidak kerana Melaka [United] itu pasukan handalan, mereka [banyak pemain] pasukan kebangsaan.

“Kami dah cuba, dah berusaha dan kami berserah [tawakal], cuma nasib tidak menyebelahi kami.”

Bercakap mengenai jadual pertandingan yang padat, Malini bersetuju sekiranya PTSR bagi edisi akan datang dipanjangkan seperti Liga Super agar dapat memberi rehat yang cukup kepada para pemain.

“Memang penat main tiap-tiap hari, tapi kami cuba juga buat yang terbaik. Lama dah saya dengar cadangan ini, tapi saya difahamkan ia bukan masalah daripada FAM [Persatuan Bola Sepak Malaysia], tapi daripada Persatuan Negeri [FA] yang tidak mahu keluar dan menganggap [bola sepak] perempuan ini tidak ada keuntungan.

“Mereka ‘takut’ nak keluarkan belanja untuk pasukan perempuan sedangkan kekuatan kami ini nampak ‘gah’ di luar, tapi dalaman orang tak tahu.

Mengenai skuad senior wanita kebangsaan yang bakal dirombak secara menyeluruh, Malini menegaskan beliau akan berjuang sebaik mungkin untuk merebut tempat dan tidak mahu usia menjadi penghalang kepada minatnya kepada sukan ini.

“Secara jujur saya katakan, diri saya ini memang minat. Jiwa saya ini memang pada bola sepak,” tambahnya lagi.

“Jika diberi peluang, ada rezeki memang saya akan kerah keringat saya ini sampai hujung nyawa selagi boleh. Kalau diberi kepercayaan memang saya nak main lagi [untuk negara] walaupun dah berusia.

“Kalau tengok beza dengan pemain muda, lebih kurang sahaja kerana ia berbalik kepada diri sendiri. Kalau nak tak kiralah umur berapa, 40 sekalipun saya akan rebut tempat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN