Kerana Memiliki Status Istimewa, Paul Pogba Akan Tetap Sertai Skuad Piala Dunia Perancis

Kerana memiliki status istimewa, Paul Pogba akan tetap disenaraikan dalam senarai skuad Piala Dunia Perancis, walaupun tahap kecergasan beliau diragukan.

Bintang Juventus, Paul Pogba baru-baru ini telah menjalani pembedahan lutut dek kerana masalah kecederaan yang beliau alami pada Julai lalu ketika sedang menjalani sesi latihan.

Pogba pada awalnya menolak untuk menjalani pembedahan dan beliau memilih untuk menjalani rawatan segera walaupun ia sebenarnya sedikit berisiko.

Walau bagaimanapun, ketika beliau sertai sesi latihan ringan sebelum ini, Pogba akhirnya mengubah fikiran beliau dan memilih untuk menjalani pembedahan.

Menurut laporan dari individu yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut, Professor Roberto Rossi, Pogba sepatutnya menjalani pembedahan itu lebih awal lagi.

Bercakap kepada The Athletic, beliau mendedahkan bahawa:

“Dia tersilap ketika menolak untuk melakukan pembedahan segera, tidak melakukan pembedahan segera sebenarnya menyebabkan kecederaan dia semakin teruk.”

Pengarah pengurusan Juventus, Maurizio Arivabene turut tampil menyatakan bahawa:

“Paul tahu apa pendapat kami sebelum ini, tapi kami hormati pendirian dia. Ia bukanlah situasi yang baik untuk sesiapa, tapi sekarang kita hanya mampu berharap yang dia akan kembali secepat yang mungkin.”

“Saya tak mahu melihat masa lalu atau mencetuskan apa-apa kontroversi, juga kerana keputusan itu dibuat bersama-sama. Tapi kami dalam situasi yang tak ideal baik untuk kami atau pun dia sendiri.”

“Terapi konservatif ini dilakukan hari ini, dan sudah tentu, kami tidak berada dalam situasi yang ideal, baik untuk kami atau dia. Walau bagaimanapun, kita mesti pandang ke depan dan berharap dia segera kembali.”

“Ada cakap-cakap tentang peluang dia untuk beraksi di Piala Dunia, saya sejujurnya berharap skuad Perancis dalam keadaan baik-baik sahaja, tapi saya berminat untuk bercakap tentang Juventus, oleh yang demikian, saya harap dia akan segera sembuh dan kembali bantu kami.”

Ekoran dari pembedahan itu, Paul Pogba dijangka akan terpaksa menjalani tempoh rehat yang panjang dan beliau tidak akan bermain dalam tempoh yang lama.

Menurut sumber laporan dari L’Equipe, Paul Pogba mungkin akan kembali beraksi bersama skuad Juventus pada 10 November nanti.

Melihat kepada hal itu, ramai yang percaya peluang untuk Pogba membuat kemunculan di pentas Piala Dunia adalah sangat tipis dan mustahil untuk berlaku.

10 hari selepas beliau dijangka bakal pulih sepenuhnya merupakan tarikh bermulanya pentas Piala Dunia di Qatar dan agak mustahil untuk Pogba kembali cergas dalam tempoh sesingkat itu.

Namun begitu, menurut laporan dari Sports Daily, pengurus Perancis, Didier Deschamps sepertinya akan tetap senaraikan nama Pogba dalam senarai 26 pemain skuadnya, walaupun bekas bintang Juventus itu tidak berada di tahap kecergasan terbaiknya pada ketika itu.

Hal itu dilaporkan kerana Pogba senantiasa menjadi pemain kegemaran Deschamps dan pengurus skuad kebangsaan Perancis itu memberikan status istimewa kepada pemain berusia 29 tahun itu.

Status istimewa itulah yang menyebabkan nama Paul Pogba tidak akan digugurkan dari skuad kebangsaan Perancis dan akan tetap menjadi nadi penting skuad kendalian Didier Deschamps itu di pentas Piala Dunia nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN