Kes rogol membabitkan bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo telah digugurkan di mahkamah Amerika Syarikat. Kes tersebut menjadi tajuk utama akhbar-akhbar utama di seluruh dunia telah digugurkan secara senyap.
Menurut Bloomberg, Sebuah notis untuk tujuan pengguguran kes telah difailkan bulan lalu di Nevada, Las Vegas. Notis tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat sama ada kes tersebut telah diselesaikan melibatkan sebarang jenis perjanjian lain.
Akhbar The New York Times pada Mac lalu berkata Ronaldo tidak akan menyertai skuad Juventus untuk pertandingan International Champions Cup di Amerika Syarikat pada musim panas ini, untuk mengelakkan daripada ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan kes rogol tersebut.
A rape lawsuit against soccer star Cristiano Ronaldo that was filed last year in Las Vegas has been quietly dropped https://t.co/YZSHmgA5Q2
— Bloomberg (@business) June 4, 2019
Ronaldo secara terbuka menepis dakwaan rogol tersebut, dan tidak pernah memfailkan sebarang tindakan perundangan sebagai tindak balas.
Kathryn Mayorga, bekas peragawati yang kini sudah berusia 34 tahun sebelum ini memfailkan kes terhadap Ronaldo mendakwa dirinya pernah dirogol oleh bekas pemain Real Madrid itu.
Satu dokumen mahkamah menyatakan yang Ronaldo merogol wanita itu walaupun Mayorga berkali-kali menjerit ‘tidak’. Insiden berlaku pada 13 Jun 2009.
Cristiano Ronaldo was innocent all along. Der Spiegel lied and almost destroyed the life of an innocent man just to sell some papers.
People like Kathryn Mayorga should be prosecuted and jailed for not only trying to extort money, but for devaluing real rape cases and victims. pic.twitter.com/s1SxzYICDR
— Jimmy (@KingRobbStark1) June 5, 2019
Ronaldo dan Mayorga dilaporkan pernah berunding di luar mahkamah untuk kes ini.
Namun Mayorga melakukan ‘dramatic u-turn’ kerana merasakan adalah lebih baik kes itu dibawa ke pengadilan.
Ini yang membuatkan kes ini menjadi ‘panas’ kerana Mayorga dikatakan mengkhianati perjanjian.
Berdasarkan laporan, Mayorga pernah dibayar sekitar $518,000 (£287,000) untuk tidak mengenakan sebarang caj jenayah terhadap Ronaldo.