Maradona: Saya Jurulatih Terbaik Untuk Manchester United Jika Mahukan Trofi

Bekas pengurus Argentina, Diego Maradona yakin beliau adalah orang yang paling tepat untuk membawa Manchester United kembali ke era kegemilangan. Maradona kini menguruskan kelab Dorados di Divisyen 2 Mexico.

Sementara itu Man. United kini diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer yang berjaya mendapatkan jawatan tetap selepas cemerlang ketika menjadi interim.

Bercakap kepada FourFourTwo, Maradona menganggap dirinya sebagai orang lebih layak berbanding Solskjaer – untuk menjadi pengurus Man. United.

Dan beliau yakin akan dapat memberikan banyak trofi kepada Man. United sekiranya diberikan kepercayaan untuk menguruskan kelab tersebut.

“Jika Man. United perlukan jurulatih [yang terbaik], sayalah orang yang tepat.”

“Saya tahu mereka banyak jual jersi di seluruh dunia. Namun mereka perlu memenangi trofi juga. Saya boleh melakukannya untuk mereka.”

Seterusnya, Maradona juga yakin akan dapat memberikan trofi tanpa pemain seperti Pogba.

“Dengan pasukan seperti United, saya lebih sukakan pemain seperti Ander Herrera.”

“Paul Pogba? Beliau tidak cukup bekerja keras.”

“Saya pernah bermain di Old Trafford satu ketika dahulu. Tempat itu sangat ‘bising’ seperti La Bombonera.”

Walaupun beliau mensasarkan jawatan pengurus Man. United, Maradona mengakui beliau merupakan peminat Manchester City. Ini kerana Sergio Aguero yang merupakan bekas menantu beliau.

Sergio Aguero pernah berkahwin dengan Gianinna Maradona dan kemudiannya bercerai. Itulah titik tolak kenapa Maradona meminati Man. City. Dan minat itu kekal sehingga hari ini.

“Manchester United pernah menjadi kelab Inggeris pilihan saya satu ketika dahulu. Sangat ramai pemain yang hebat bermain di bawah Alex Ferguson.”

“Namun sekarang, saya harus akui saya peminat Man. City. Ya! Saya tahu kamu tidak sepatutnya menjadi ‘lalang’ [bertukar kelab] tetapi semua ini kerana Kun Aguero. Kami banyak berbicara [tentang City] dan beliau bermain dengan pasukan yang sangat baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN