Tuchel Masih Tenang Selepas Kalahkan Man. United, Anggap Perlawanan Belum Tamat

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel tetap tenang walaupun pasukannya berjaya menundukkan Manchester United di Old Trafford.

Menurut laman Goal, Tuchel mengatakan yang perlawanan ini belum lagi tamat kerana aksi pertama di Old Trafford ini tidak ubah seperti separuh masa pertama sahaja.

Menurut Tuchel, beliau tidak mahu terlalu leka dengan kejayaan ini kerana perlawanan di Paris masih lagi terbuka dan mereka perlu menyelesaikan tugas dengan sebaiknya.

“Kami tidak boleh bersenang-senang dan mula fikirkan mengenai suku akhir. Ianya hanya sekadar separuh masa kepada perlawanan ini.”

“Ianya cumalah 2-0, satu keputusan yang baik dan perlawanan belum lagi tamat. Tiada lagi pasukan yang berjaya layak dengan menang 1 perlawanan saja dalam aksi timbal balik.”

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: Thomas Tuchel the Coach of Paris Saint-Germain during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

“Kami perlu bersedia dan berkerja keras dengan menggunakan kaedah dan mentaliti yang sama. Kami perlu berkerja keras bersama-sama dan bersedia untuk letakkan pasukan ini berada di kedudukan terbaik dan menang lagi.”

Menurut Tuchel, mereka bermain dengan cukup baik dengan taktik yang digunakan walaupun pada separuh masa pertama PSG sering kehilangan bola dengan mudah.

“Pada separuh masa pertama kami lebih kerap kehilangan bola tetapi di 45 minit kedua kami lebih berjaya mengawal permainan. Sebab itu kami menang.”

PSG merupakan pasukan pertama yang menewaskan Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Gol dijaringkan oleh Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN