Solskjaer: “PSG Berada Di Tahap Berbeza Dengan Manchester United”

Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui yang pasukannya tidak setaraf dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Hal ini kerana, pasukan Perancis itu berada di satu tahap yang cukup berbeza selepas berjaya menewaskan Manchester United di Old Trafford.

Menurut laman Sky Sports, Solskjaer mengatakan yang pasukannya tidak beraksi pada tahap yang diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang sepatutnya.

Dan jelas, mereka tidak mampu untuk menyaingi tahap bola sepak yang diberikan oleh PSG.

“Kami tidak berada di tahap kami, pada tahap pasukan yang kami lawan. Kami mempunyai rekod yang baik, prestasi yang baik tetapi semestinya kami perlukan langkah yang besar.”

“Tidak hairan kenapa PSG merupakan pasukan pilihan untuk menang kejuaraan ini. Itulah tahap yang diperlukan di kelab ini.”

Manchester United diberikan hakikat sebenar bola sepak oleh PSG apabila akhirnya tewas buat pertama kali di bawah kendalian Solskjaer.

Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe menjaringkan gol hasil dari umpanan bekas pemain Manchester United iaitu Angel Di Maria.

Walaupun tewas, Solskjaer tetap yakin pasukannya mampu untuk tetap layak dan mencipta kejutan di Paris.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: Ole Gunnar Solskjaer, Manager of Manchester United during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

“Di kelab ini, kita kena bangkit semula. Kena bangkit semula.”

“Bila kami bertandang ke Paris, kita kena berikan saingan. Semestinya sukar, tetapi tiada yang mustahil.”

“Jika kami berjaya dapatkan gol pendahuluan 1-0 di separuh masa pertama, nanti kami ada peluang untuk mara.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN