Demi Bola Sepak Perancis, Mbappe Mahu Sokong Lyon Di UCL

Pemain muda sensasi, Kylian Mbappe mengatakan beliau kini mahu memberikan sokongan beliau kepada pasukan Perancis yang lain dalam saingan bola sepak Eropah.

Selepas membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Manchester United di Old Trafford, Mbappe kini mahu memberikan sokongan beliau kepada Olympique Lyonnais yang akan beraksi juga dalam saingan Eropah.

Menurut laman Culture PSG, Mbappe mahukan penyokong bola sepak Perancis menghilangkan rasa takut mereka dalam bersaing dengan pasukan dari liga lain.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: Kylian Mbappe of PSG celebrates after scoring his sides second goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Hal ini sekali gus dapat menghapuskan mentaliti orang luar mengenai Ligue 1 yang dianggap sebagai liga yang tidak kompetitif.

“Pada saya, semua orang perlu patut berhenti untuk rasa takut.”

“Mereka perlu berhenti takut kerana bola sepak itu dimainkan di padang.”

Kata Mbappe, mereka perlukan sokong dan beliau sendiri turut akan menyokong pasukan Perancis yang lain untuk terus bersaing dengan cemerlang di pentas Eropah.

“Kami perlukan sokongan dari anda, kami akan sokong Olympique Lyonnais minggu hadapan dan bola sepak Perancis perlu pergi sejauh mungkin dalam kejohanan Eropah.”

“Ia adalah situasi yang perlu dihadapi dan kita perlu berhenti berasa takut. Kita adalah pasukan yang baik.”

Olympique Lyonnais menghadapi tugas sukar apabila bakal berhadapan dengan jaguh Sepanyol, Barcelona dalam peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Champions League.

Mbappe membantu PSG menewaskan Manchester United dalam kemenangan 2-0 mereka di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN