‘Tuah’ Bob Pastikan Kedah Mara Ke Final MSSM B-12 Atasi Johor

Tunas baharu Kedah, Muhd Afif Adli Ar Rashid atau lebih dikenali sebagai Bob antara mencuri tumpuan bagi saingan bola sepak MSSM Bawah 12 (B-12) selepas beliau membantu pasukannya untuk mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung hari esok.

Kedah mencipta kejutan selepas mereka berjaya melakar kemenangan terhadap Johor menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 setelah masing-masing terikat tanpa jaringan pada masa penuh perlawanan.

Apa tidaknya, Johor hadir dengan reputasi cukup besar pada saingan MSSM B-12 ini selepas muncul selaku juara bertahan dan mereka sekadar terkandas di peringkat separuh akhir di tangan Kedah.

Muncul adik Afif yang dianggap mencuri tumpuan selepas kelibat beliau yang beraksi selaku penjaga gol memastikan Kedah untuk melakar kemenangan berharga untuk melayakkan diri ke pusingan akhir.

Menerusi perkongsian dibuat oleh laman Akademi Sang Kenari, Afif menjadi wira pada perlawanan tersebut selepas berjaya menepis dua sepakan penalti lawan dengan begitu cemerlang walaupun mempunyai fizikal besar.

“Bob muncul wira pagi tadi dengan dua gol sepakan penalti penentuan pasukan Johor berjaya ditepis, seterusnya Kedah U12 layak ke perlawanan akhir dengan jaringan 1-1 (4-3).

“Apa yang berlaku hari ini bukanlah kali pertama, Jurulatih Kedah U12, Mohd Firdaus Bin Norazman, masih segar dengan aksi Bob ketika mewakili Kubang Pasu dalam kejohanan MSSK baru-baru ini, Bob turut menjadi hero pasukannya, Kubang Pasu, dengan menyelamatkan semua sepakan penalti penentuan walaupun hakikatnya beliau adalah pemain bahagian serangan,” jelas perkongsian daripada Akademi Sang Kenari.

Malah, ini merupakan pertama kali Afif bertindak cemerlang di posisi penjaga gol, selepas beliau telah membuktikannya ketika beliau mewakili Kubang Pasu untuk kejohanan MSSK dengan menepis semua sepakan penalti daripada pasukan lawan.

Lebih mengejutkan, Afif juga bukan seorang penjaga gol pada asalnya, kerana beliau merupakan pemain yang beraksi di posisi serangan buat pasukan.

“Tanpa menafikan keringat rakan sepasukan lain, faktor istimewa Kedah U12 musim ini yang mempunyai senjata rahsia, sorang pemain di bahagian jentera serangan, Muhd Afif Adli Ar Rashid Bin Abdullah atau dengan nama panggilan Bob dari Sekolah Kebangsaan Guar Napai, Kubang Pasu yang mampu beraksi sebagai penjaga gol,” jelas kenyataan tersebut.

Impak beliau di posisi serangan juga bukan calang-calang selepas rembatan tepat beliau dari jarak jauh pada suku akhir memastikan Kedah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Aksi Afif juga jelas mendapat pujian ramai penyokong bola sepak tempatan menerusi media sosial selain ada yang menyatakan pemain tersebut mampu tampil cemerlang seperti penjaga gol utama Sang Kenari, Ifwat Akmal.

Untuk esok, Kedah bakal membuat perhitungan seterusnya bersama Perlis untuk menentukan siapa bakal menjuarai saingan MSSM B-12 pada tahun ini dengan nama Afif pastinya akan turut disenaraikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN