Ini Sebab Hong Wan Terlepas Peluang Untuk Wakili Skuad Kebangsaan

Hasrat penyokong bola sepak tempatan untuk melihat kelibat pemain tengah berpengaruh, Nathaniel Shio Hong Wan tidak kesampaian selepas pemain tersebut dilaporkan mengalami kecederaan.

Hong Wan menjadi antara nama baharu yang dipanggil Kim Pan-gon untuk aksi persahabatan bulan hadapan bagi menghadapi cabaran daripada Syria serta China di Chengdu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Kim menerusi perkongsian yang dibuat oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan status semasa pemain tersebut.

Kecederaan yang dialami oleh Hong Wan terjadi ketika saingan Liga Super lalu sewaktu JDT bertemu Kedah Darul Aman (Kedah) di mana kedua pasukan saling terikat seri 3-3 di Stadium Darul Aman.

Walaupun begitu, dilaporkan juga Hong Wan ketika ini tidak akan digantikan oleh mana-mana pemain dalam masa terdekat oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

“Sementara seorang lain pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Nathaniel Shio Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas turut disahkan mengalami kecederaan.

“Namun, buat masa ini tiada sebarang penggantian pemain dari Senarai Bersedia bagi mengisi tempat Hong Wan untuk menjadikan skuad panggilan kali ini disertai seramai 25 orang pemain,” jelas kenyataan tersebut.

Pastinya ini menjadi suatu kekecewaan buat semua penyokong bola sepak tanah air yang mengharapkan supaya pemain itu kembali sembuh supaya tersenarai sebelum mereka menghadapi aksi Piala Asia bulan hadapan.

Musim ini boleh dikatakan sesuatu yang sangat positif buat pemain muda itu bersama JDT di pentas domestik, selepas penampilannya memberi impak cukup besar bersama skuad tersebut.

Selain Hong Wan, Malaysia juga terlepas khidmat penjaga gol berkaliber Sabah iaitu Damien Lim setelah pemain itu turut mengalami kecederaan dan digantikan segera oleh bintang muda Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Azri Ghani.

Nathaniel Hong Wan Antara Muka Baharu Dipanggil Sertai Kem Harimau Malaya

“Penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi persiapan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.

“Azri, 24, akan menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” jelas kenyataan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN