Trent Alexander-Arnold Namakan 2 Pemain Yang Beliau Mahu Lihat Liverpool Tandatangani

Trent Alexander-Arnold telah menamakan dua bintang Premier League yang beliau harap Liverpool akan tandatangani.

Kebanyakan penyokong Liverpool jelas sekali tidak gembira melihat bagaimana kelab kesayangan mereka melalui setiap jendela perpindahan sejak kebelakangan ini.

Selepas berdepan dengan musim yang sangat sukar pada musim lalu, yang mana The Reds kehilangan ramai pemain yang dibelenggu masalah kecederaan, mereka masih tetap berbelanja pada jendela perpindahan musim panas lalu.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1474287325341532160?t=MHSDBMPwLsHvsJrklrnszg&s=19

Ibrahima Konate merupakan satu-satunya pemain yang ditandatangani oleh Liverpool pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta.

Dua tahun lalu, Liverpool yang ketika itu merupakan juara bertahan saingan Champions League, langsung tidak menandatangani mana-mana pemain senior.

Pada musim panas tahun lalu, Liverpool membeli Diogo Jota, Thiago Alcantara dan Kostas Tsimikas, namun tidak keterlaluan untuk menganggap yang mereka masih tidak berbelanja besar.

Jadi dari tiga jendela perpindahan musim panas sebelum ini, Liverpool sebenarnya tidak berbelanja dengan banyak dan mereka boleh dikatakan ‘underspent’.

Walau bagaimanapun, ia sepertinya tidak menjadi satu masalah yang besar untuk Liverpool, kerana mereka pada ketika ini masih tetap menjadi pencabar utama Man City dalam merebut gelaran liga.

Namun begitu, seandainya mereka mahu menandatangani pemain bintang, siapa agaknya yang akan mereka tandatangani?

Soalan sama telah ditanya kepada Trent Alexander-Arnold baru-baru ini, dengan pemain pertahanan kanan England itu telah menamakan dua pemain yang mahu beliau lihat menyarung jersi Liverpool.

Beliau diminta memilih dua pemain yang sedang beraksi dalam saingan Premier League pada ketika ini, dengan Arnold menjawab:

“De Bruyne dan Son.”

Jawab Arnold selepas ambil masa beberapa detik untuk berfikir.

“De Bruyne kerana saya sangat meminati dia sebagai seorang pemain.”

“Vision dia, teknik dia, accuracy dia. Pemain yang sungguh menakjubkan. Assists dia dan peluang yang dia cipta sungguh mengujakan.”

Jelas Trent Alexander-Arnold.

“Son, sama juga, seorang pemain yang luar biasa menakjubkan. Kelajuan, penyudah, ketenangan dia.”

Boleh bayangkan macam mana handalnya Liverpool seandainya mereka berjaya mendapatkan khidmat Son Heung-min dan Kevin de Bruyne?

Jelas sekali mereka bakal menjadi sebuah pasukan yang sangat sukar untuk dihadapi, dan jentera serangan mereka bakal menjadi mimpi ngeri pemain pertahanan lawan.

Trent dan De Bruyne bakal bergandingan untuk menyuap bola dengan hantaran-hantaran menakjubkan.

Sementara Son, Salah dan Mane pula bakal menjadi trio serangan yang akan membuatkan pemain pertahanan lawan lemah lutut untuk berdepan dengan mereka.

Walau bagaimanapun, agak mustahil untuk melihat Liverpool menandatangani dua pemain mega seperti Son Heung-min dan Kevin De Bruyne, dek kerana gaji mereka tidak menepati kemampuan kelab.

Namun begitu, siapa tahu di masa hadapan hal itu akan berlaku dengan Liverpool bakal mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan pemain mega seperti mereka berdua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN