5 Pemain Paling Banyak Catat Assists Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak

Mencipta peluang dan mencatatkan assists itu sendiri sebenarnya satu seni dalam dunia bola sepak, dan bukan semua pemain yang mampu untuk melakukan hal tersebut.

Ada beberapa kualiti yang membezakan antara penjaring gol prolifik dengan penjaring gol biasa yang kebiasaannya hanya menumpukan untuk menjaringkan gol sahaja.

Untuk menghasilkan assists, seseorang pemain itu juga perlu ada vision yang baik dalam mencari ruang antara pertahanan dan turut perlu ada kualiti hantaran yang hebat.

Menghasilkan hantaran cantik sebelum gol dijaringkan jarang sekali untuk dihargai dalam dunia bola sepak modern ini.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pemain yang kerap mencipta assists juga turut mula dipandang dan disebut-sebut oleh peminat.

Dalam saingan Premier League, pemain yang paling banyak mencatatkan assists akan turut diberikan anugerah berasingan pada hujung setiap musim.

Anugerah ‘Premier League Playmaker’ mula diperkenalkan pada musim 2017/18 yang lalu untuk menghargai pemain yang paling banyak mencetuskan gol untuk kelab masing-masing.

Oleh yang demikian, mari kita lihat lima pemain yang paling banyak mencatatkan assists dalam sejarah dunia bola sepak untuk kelab dan negara.

5. Angel Di Maria – 263 assists

Bintang Paris Saint Germain, Angel Di Maria sememangnya terkenal sebagai seorang pemain perancang yang sangat kreatif.

Beliau mampu untuk mencatatkan jumlah dua digit assists untuk setiap kelab yang beliau wakili sepanjang kariernya, termasuk 10 assists yang beliau cipta bersama Manchester United.

Di Maria banyak mencipta peluang untuk membantu skuadnya menghasilkan gol dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliau juga banyak membantu skuadnya mencapai pelbagai kejayaan atas kemahiran yang beliau miliki itu.

Beliau merupakan pemain terbaik ketika kejayaan Real Madrid menjuarai saingan Champions League pada tahun 2014 menewaskan Atletico Madrid.

Beliau juga turut dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas menjaringkan gol ketika membantu Argentina mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir Copa America 2021.

Bersama skuad kebangsaan Argentina, beliau berjaya mencatatkan 23 assists sementara lagi 240 assists berjaya beliau catatkan ketika beraksi bersama Benfica, Real Madrid, Manchester United dan kini bersama Paris Saint Germain.

Beliau juga merupakan pemain yang memegang rekod sebagai pencipta assists terbanyak dalam satu musim saingan Ligue 1, dengan beliau berjaya mencatatkan 18 assists pada musim 2015/16.

4. Cristiano Ronaldo – 272 assists

Tidak ada hal yang boleh menafikan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang penjaring gol terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau berjaya mencipta sejarah menjadi pemain pertama yang mampu menjaringkan 800 gol dan kini Ronaldo sudah ada 802 gol sepanjang kariernya.

Beliau bukan hanya mampu menjaringkan gol yang banyak, dengan Ronaldo juga turut berjaya mencatatkan 271 assists sepanjang kariernya.

Beliau tidak pernah mengakhiri mana-mana musim sebagai pencatat assists terbanyak, namun beliau pada ketika ini merupakan pencipta assists terbanyak (48) dalam sejarah saingan Champions League.

231 assists itu berjaya beliau cipta ketika beraksi bersama Sporting, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Sementara beliau juga turut berjaya mencatatkan 41 assists yang disumbangkan kepada skuad kebangsaan Portugal.

Ronaldo hanya mampu mencatatkan empat assists sahaja dalam saingan Serie A musim lalu bersama Juventus, dan beliau setakat ini sudah berjaya mencatatkan dua assists bersama Man United.

3. Luis Suarez – 277 assists

Luis Suarez berjaya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dalam generasi ini.

Beliau semakin menyerlah ketika beraksi dalam saingan La Liga bersama Barcelona dan kini sedang beraksi bersama Atletico Madrid.

Beliau merupakan satu-satunya pemain yang pernah memenangi anugerah kasut emas Eropah dalam tempoh sedekad terakhir ini selain dari Messi dan Ronaldo.

Beliau pernah sekali memenangi anugerah tersebut ketika kariernya bersama Liverpool pada tahun 2014 dan sekali lagi pada tahun 2016 bersama Barcelona.

Sama seperti kebanyakan pemain penyerang era modern ini, Suarez merupakan antara mesin pencetak gol yang dianggap sangat berkualiti.

Sepanjang enam tahun kariernya bersama Barcelona, Suarez berjaya untuk menjadi antara penjaring terhebat dalam sejarah kelab.

Beliau berjaya mencipta 240 assists di peringkat kelab, dengan kebanyakan darinya datang ketika kariernya bersama Barcelona.

Suarez berjaya mencatatkan 37 assists untuk skuad kebangsaan Uruguay, dengan beliau bukan hanya penjaring gol terbanyak negaranya, bahkan turut merupakan pencatat assists terbanyak untuk La Celeste.

Beliau berada di kedudukan ketujuh sebagai pencatat assists terbanyak dalam saingan Champions League di kalangan semua pemain yang masih aktif.

2. Thomas Muller – 280 assists

Thomas Muller sangat terkenal dengan kelebihan beliau dalam mencari ruang antara garisan pertahanan lawan yang membantunya untuk menghasilkan bantuan jaringan untuk rakan sepasukannya yang lain.

Pemain kebangsaan Jerman itu merupakan antara pemain paling kreatif sejak dua musim kebelakangan ini, dengan beliau berjaya mencatatkan 42 assists dalam saingan Bundesliga pada musim 2019/20 dan 2020/22.

https://twitter.com/NaimurSharon/status/1471946545687789568?t=ott8i2pin_x2siaAiSpOww&s=19

Beliau mempunyai gaya permainan yang unik dan bijak mencari ruang untuk menghasilkan gol, dengan hal itu membantu beliau untuk menyeimbangkan antara rekod gol dan assists sepanjang kariernya.

Beliau berjaya mencatatkan 280 assists dan turut menjaringkan 305 gol untuk kelab (termasuk Bayern Munich U-19) dan negara.

Beliau berjaya mencatatkan dua angka assists untuk setiap musim sejak sembilan musim kebelakangan ini bersama Bayern Munich.

Beliau berjaya menyamai rekod sebagai pemain paling banyak mencatatkan assists dalam satu musim dari lima liga utama benua Eropah dengan mencatatkan 21 assists.

https://twitter.com/NaimurSharon/status/1471960412018987008?t=DzWds-H3bsJCsiRBWV9BIw&s=19

Beliau berjaya mencipta rekod tersebut pada musim 2019/20 seterusnya menyamai rekod yang dicipta oleh Lionel Messi dalam saingan La Liga pada musim yang sama.

1. Lionel Messi – 357 assists

Lionel Messi sekali lagi mendominasi pentas dunia bola sepak pada tahun ini, dengan beliau berjaya membawa pulang anugerah Ballon D’or ketujuhnya awal bulan lalu.

Ia merupakan tahun yang sungguh gemilang untuk Lionel Messi pada tahun ini, dengan beliau turut berjaya memenangi Piala antarabangsa pertama bersama skuad Argentina.

Selepas kejayaan membantu Argentina menjuarai saingan Copa America, Lionel Messi akhirnya terpaksa meninggalkan Nou Camp untuk sertai Paris Saint Germain.

Ketika memenangi anugerah Copa America, Messi menyapu bersih semua anugerah yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut.

Messi tidak melalui permulaan karier yang baik di Paris dengan beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan Ligue 1 setakat ini.

Beliau berjaya mencatatkan lima assists termasuk hat-trick assists ketika bertemu Saint-Etienne baru-baru ini.

https://twitter.com/messi10stat/status/1470158532980977678?t=ZzuDUeOv-aNfcOiZ5NtNpg&s=19

Lionel Messi merupakan pemain yang paling banyak mencatatkan assists dalam sejarah dunia bola sepak, selepas mencipta 306 assists diperingkat kelab, dan turut mencatatkan 51 assists untuk skuad kebangsaan Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN