FAM Harap Tiada Lagi Jadual Padat Liga Malaysia Musim Depan

Isu kepadatan jadual Liga Malaysia musim ini dilihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai antara faktor prestasi merudum skuad negara.

Justeru, organisasi berkenaan meminta agar masalah jadual tersebut dapat dielakkan pada musim hadapan untuk mengelakkan sebarang isu dalam skuad nasional.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, setiap jadual yang dikeluarkan penting untuk mengikut perancangan kerana pada awal telah pun diserahkan kepada ketua jurulatih kebangsaan bagi persediaan awal.

Tambah beliau, serahan awal jadual liga juga dilihat mampu untuk memudahkan sebarang rencana dan persediaan buat ketua jurulatih mengatur perlawanan persahabatan untuk skuad kebangsaan.

Menurut Mohd Saifuddin, Malaysian Football League (MFL) telah menghantar jadual bagi musim 2022 untuk tarikh-tarikh latihan, perlawanan dan sebarang aktiviti yang melibatkan kem kebangsaan.

Setelah menerima jadual, pihak skuad kebangsaan akan memasukkan slot mereka dan biasanya tidak akan diusik lagi bagi mengelakkan sebarang isu yang melibatkan tarikh kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Saifuddin menambah masalah berlaku pada tahun ini disebabkan pindaan jadual akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dan untuk tahun 2022, pihak mereka masih belum boleh menjangkakan segalanya berjalan lancar walaupun sudah mendapat jadual.

Akibat daripada kesan kepadatan jadual seperti dikatakan, skuad kebangsaan bawah kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi yang kurang baik dalam saingan Piala AFF 2020.

Pasukan Malaysia hanya mencatat dua kemenangan serta dua kekalahan untuk berada di tempat ketiga saingan peringkat kumpulan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN