Park Hang-seo: “Hanya Bolos 2 Gol, Boleh ‘Kejar’ Pada Bila-Bila Masa”

Park Hang-seo Vietnam Thailand tewas 1 kejar

Walaupun terduduk menyaksikan skuad kendalian tewas buat kali pertama dan bolos dua gol kepada seteru di Asia Tenggara, Park Hang-seo tetap yakin kedudukan itu tidak akan bertahan lama dan mereka boleh ‘kejar’.

Beliau jelas masih mampu menunjukkan betapa kuat mentalnya di sidang media dan yakin kemampuan para pemainnya untuk kembali dalam persaingan ke pentas final Piala AFF Suzuki 2020. Biarpun dibolosi dua gol dan gagal meledak gol berdepan Thailand, Vietnam dilihat tetap tampil dengan permainan menyerang yang menarik.

Bukan mudah sebenarnya kerana sejak dilantik pada September 2017, beliau melakar rekod cemerlang ke atas lawan dari Asean, malah menjadi pasukan pertama dari Asean yang mara hingga ke suku akhir Piala Asia pada edisi 2019. Mereka juga menjadi pasukan Asean pertama melangkah ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia.

Piala AFF 2020: Magis Chanatip Bawa Thailand Selangkah Ke Final

Namun, malam tadi, ego mereka ditundukkan Gajah Perang. Dua gol kapten Thailand, Chanathip Songkrasin sudah cukup buat mereka untuk selesa mendahului agregat sebelum pertemuan kedua pada Ahad ini.

Jaringan pendahuluan menjelma seawal minit ke-14 apabila percubaan Chanathip yang cuba dihalang penjaga gol, Tran Nguyen Manh terkena semula Chanathip, lalu bola bergolek masuk ke gawang terbuka Vietnam.

Thailand terus melebarkan kedudukan berselang sembilan minit kemudian selepas gerakan menarik satu-dua hantaran pendek dicipta di kawasan lawan disudahkan dengan tenang Chanathip untuk selesa di depan.

Mujur buat Golden Dragon apabila sepakan penalti yang diambil Chanathip gagal disudahkannya di lewat permainan untuk Thailand lebih selesa mendahului perlawanan apabila Nguyen Manh berjaya menafikannya.

Ujar Park Hang-seo sejurus perlawanan berakhir, “Habis perlawanan, pembantu saya telah bercakap kepada pemain, kita masih ada pertembungan kedua nanti, dua gol itu masih di situ, bila-bila pun boleh kami kejar.”

“Esok baru saya akan bertemu para pemain untuk berbincang dan merancang untuk perlawanan selepas ini. Vietnam masih mampu kembali dalam perlawanan ini,” tegasnya tentang tahap keyakinan mereka saat ini.

Bercakap tentang perlawanan, Park Hang-seo berkata yang para pemainnya bermain dengan baik di babak kedua. Beliau membuat perubahan strategi tetapi ia tidak berhasil. Ujarnya, “Saya letak Cong Phuong and Van Toan dalam skuad utama untuk ambil peluang ruang di sebelah sayap, tetapi ia gagal untuk dijayakan pemain.”

“Disebabkan lawan sedang mendahului, kami terpaksa meletak dua penyerang di babak kedua dan bermain dengan lebih baik, tetapi masih tidak cukup baik [untuk mendapat sesuatu],” ujar Park Hang-seo lanjut.

Kemenangan itu menyaksikan pengendali Thailand yang baru dilantik, Alexandre Polking masih belum tertewas dengan rekod bersih sepanjang Piala AFF dan berjaya menumbangkan ego Vietnam serta Park Hang-seo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN