Toni Kroos Tidak Berhasrat Untuk Tinggalkan Real Madrid

Toni Kroos

Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos memberikan gambaran jelas bahawa beliau tidak berhasrat untuk berhijrah dan mahu menamatkan kariernya bersama kelab gergasi dunia tersebut.

Kross yang berhijrah ke Real Madrid pada musim 2014/15 dikhabarkan masih mempunyai baki kontrak bersama skuad Los Blancos itu sehingga tahun 2023.

Sehubungan dengan itu, beliau tidak merasakan akan mengubah angin ke mana-mana kelab sepanjang tempoh masih berbaki kontrak selama tiga tahun bersama pemenang Liga Juara-Juara Eropah 13 kali tersebut.

”Saya pastinya merancang untuk terus kekal bersama Real Madrid pada tiga tahun ini. Tiga tahun dalam bola sepak itu amat panjang. Tiga tahun bersama Real Madrid lebih panjang.”

”Maka ia adalah masa yang tepat pada usia 33 tahun [2023] untuk bertanyakan soalan kepada diri sendiri: adakah fizikal, motivasi saya masih mahu meneruskannya [untuk terus beraksi],” ujar Kross menurut laporan dikeluarkan Eurosport.

Dalam pada itu, Kross turut menolak kemungkinan bahawa beliau akan memilih untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas kontraknya berakhir di Sepanyol.

Beliau pada satu ketika dikatakan sudah mencapai persetujuan secara lisan untuk menyertai Manchester United tetapi segalanya berakhir apabila David Moyes dipecat pada April 2014.

”Apa yang saya tak dapat nak bayangkan adalah berhijrah ke saingan Liga Perdana Inggeris pada usia 33 tahun kerana bola sepak [corak permainan] di sana sangat memerlukan kekuatan fizikal,” ujar Kross lagi.

Bersama Real Madrid, Kroos berjaya mengecapi nikmati selaku juara tiga edisi Liga Juara-Juara Eropah, La Liga 2016/17 serta Piala Dunia Kelab FIFA sebanyak empat kali.

Kredit featured image: Denis Doyle/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Toni Kroos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN