Paul Scholes Akui Pernah Cuba Meniru Aksi Pemain Tengah Terbaik Dunia, Toni Kroos

Lagenda Manchester United, Paul Scholes melabel pemain tengah Real Madrid sebagai pemain tengah terbaik di dunia.

Sebelum ini, bekas pengurus Manchester United, David Moyes pernah cuba membawa Kroos ke Old Trafford namun gagal.

Toni Kroos menyertai Real Madrid pada 2014 dan telah menjadi pemain penting di Bernabeu sejak hari pertama lagi.

Bercakap kepada editor Kicker, Martin Gruener, Scholes berkata:

“Kroos adalah pemain tengah terbaik dunia. Pada peringkat akhir karier saya, saya selalu menonton aksi beliau dan pernah cuba meniru corak permainan beliau.”

Scholes turut mengidamkan pemain Jerman itu beraksi untuk Manchester United.

“Kroos adalah pemain tengah tebaik dan pastinya sempurna untuk digandingkan dengan Ander Herrera dan Paul Pogba.”

Martin Gruener kemudian bertanya kepada Scholes, pendapat beliau tentang situasi Schweinsteiger. Scholes menyatakan:

“Saya agak janggal mendengar cerita Jose Mourinho dan Schweinsteiger. Tetapi Schweinsteiger bertindak balas dengan cukup profesional dengan keadaan dan terus bekerja tanpa merungut.”

“Schweinsteiger masih boleh mengawal permainan setiap kali diturunkan, dan saya berharap pengurus memberikan beliau lebih banyak peluang.”

“Peminat Manchester United sukakan Bastian, dia seorang pemain yang sangat istimewa bagi mereka.”

Scholes juga agak terkejut dengan pengumuman persaran oleh Phillip Lahm. Beliau berpendapat Phillip Lahm masih boleh bermain dalam 5 musim lagi dengan kemampuan yang beliau miliki.

Paul Scholes mengakhiri karier bola sepak beliau pada usia 37 tahun dan pernah keluar dari persaraan beliau setelah krisis di bahagian tengah Manchester United.

Baca juga: Frank Lampard Bersara, Berakhirnya Karier Pemain Tengah Paling Prolifik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN