Pengendali Penang FC, Tomas Trucha nampaknya perlu peningkan kepalanya lagi berikutan beberapa pemainnya masih berada dalam status kecederaan.
Selain penjaring terbanyak mereka, Casagrande, Harimau Kumbang juga dijangkakan bakal turun berdepan Terengganu FC di halaman lawan tanpa penjaga gol utama, Sam Somerville, David Rowley, Ryuji Utomo dan terbaru, Khairu Azrin Khazali.
Khairu Azrin mengalami kecederaan ketika mereka membenam cabaran Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya pada minggu lalu. Beliau terpaksa diusung keluar pada pada minit ke-37, yang menyaksikan kali pertama beliau gagal beraksi lebih sejam.
Dua Aksi Di Tempat Lawan, Penang Tanpa Jeneral Khairu Azrin? https://t.co/oOcYHwHEXG
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 26, 2021
Dalam 10 aksi liga, beliau telah beraksi dalam semua perlawanan, merekodkan 772 minit permainan. Hanya tiga kali beliau tidak beraksi penuh tetapi masih melewati sejam masa permainan. Ini menunjukkan kepentingannya dalam taktikal Penang.
Selain itu, dalam sidang media selepas aksi dengan Sri Pahang, Tomas Trucha turut mengesahkan yang Penang masih tidak akan menyenaraikan bek tengah, Ryuji Utomo selepas kali terakhir tampil berdepan PJ City dan mengalami kecederaan.
Mungkin hanya David Rowley sahaja yang menampakkan sinar bakal kembali apabila telah diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan dengan Sri Pahang, namun, posisinya sudah dirampas oleh pemain meningkat naik, Danial Ashraf.
Memetik kenyataan Tomas Trucha di Stadium Astro, “Saya tidak terlalu memikirkan soal kecederaan, begitu juga dalam perlawanan sebelum ini. [Kerana] Ada anak buah saya yang serba boleh yang mampu diturunkan di mana-mana posisi.”
Apa Rahsianya Perubahan Permainan Penang FC Ketika Tundukkan Sri Pahang? https://t.co/geeP5l2QlT
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 25, 2021
“Kami akan menghadapi salah sebuah pasukan hebat dalam Liga Super. Terengganu dalam keadaan baik, malah mempunyai jurulatih yang bagus. Kami akan berusaha tetapi jelas sekali yang Terengganu merupakan pasukan pilihan,” tambahnya.
Sebagaimana yang ditonjolkannya dalam 10 perlawanan liga setakat ini, Tomas Trucha tidak kedekut dalam memberikan ruang kepada pemain-pemainnya. Pemain muda, seperti Azmeer Aris antara yang diberikan ruang olehnya untuk turun beraksi.
Selain itu, penjaga gol kedua, Bryan See juga sudah tampil cemerlang di gawang menggantikan Sam Somerville sejak empat perlawanan yang lalu. Berdepan Sri Pahang tempohari, beliau berjaya mencatatkan cleansheet pertama pada musim ini.
Begitupun, berdepan Terengganu yang dalam momentum terbaik selepas membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu dan belum tewas dalam lima aksi berturut-turut, tentu akan memberi Penang cabaran dan pengalaman yang hebat pada Sabtu ini.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Tomas Trucha dan Penang FC:
Endrick Dos Santos ‘Rehat’ Panjang, Penang FC Masih Ada Danial Ashraf
‘Asyik-Asyik Casagrande’, Tomas Trucha Naik Jemu Persoalan Media
Tomas Trucha: Sabah Kuat, Anda Boleh Tanya Terengganu Kalau Tak Percaya