Tolong Gugurkan Ozil Dan Lacazette

Arsenal

Sejurus selepas persembahan hambar Arsenal ketika mengikat Burnley 0-0 di Turf Moor, ada dua nama pemain mereka yang menjadi trending di media sosial: Ozil dan Lacazette.

Penyokong Arsenal paling banyak memperkatakan mengenai ketiadaan impak kedua-dua pemain ini dalam perlawanan tersebut. Ini mendorong majoriti penyokong untuk berkempen supaya pengurus Arsenal, Mikel Arteta segera menggugurkan Ozil dan Lacazette.

Dalam perlawanan Mesut Ozil yang meraikan penampilan ke-250 beliau untuk The Gunners pada perlawanan menentang Burnley tadi gagal memberikan sebarang impak di jentera serangan. Kali terakhir Ozil berjaya melakukan goal assist di luar Emirates Stadium adalah pada Januari 2018 – dua tahun lepas.

Manakala bagi Alexander Lacazette pula, kemarau golnya berpanjangan melangkaui 365 hari. Kali terakhir Lacazette menjaringkan gol Premier League adalah pada Februari 2019 ketika menentang Huddersfield.

Keputusan sama ada untuk menggugurkan Ozil dan Lacazette kerana persembahan hambar bakal memberikan dilema buat Arteta.

Dari satu segi, ia sememangnya wajar. Kedua-dua pemain nampak bergelut dengan prestasi; sebelum dan selepas kedatangan Arteta sebagai pengurus. Tambahan pula, Arsenal mempunyai beberapa pemain yang boleh mengambil tempat mereka seperti Gabriel Martinelli (gambar bawah) dan Joe Willock.

(Photo by Harriet Lander/Copa/Getty Images)

Tetapi dari satu segi, menggugurkan pemain senior tidak bagus untuk moral di bilik persalinan. Unai Emery boleh memberi testimoni bagaimana tindakannya menggugurkan Ozil hanya membuatkan dirinya dikecam penyokong dan pemain tidak bermotivasi.

Dalam 13 perlawanan liga musim ini, Emery hanya memilih Ozil dalam kesebelasan utamanya sebanyak empat kali sahaja.

Sementara itu, Lacazette pula memberi dilema lain. Patutkah posisi penyerang tengah Pierre-Emerick Aubameyang dikorbankan supaya penyerang Perancis ini dapat bermain? Atau patutkah beliau sekadar duduk di bangku simpanan supaya Aubameyang dapat bermain sebagai penyerang tengah?

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh Arteta jika mahu menamatkan rentetan tanpa kemenangan Arsenal di Premier League pada musim ini. Arsenal kini berada di tangga ke-10 liga dengan hanya 6 kemenangan dan 13 seri; 10 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga ke-4.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN