Thailand Champions Cup 2020: Chiangrai United Benam Port FC

Chiangrai United Port FC TCC 2020

Tirai Thai League kembali disingkap untuk musim 2020 dengan perlawanan Thailand Champions Cup antara juara Thai League 1, Chiangrai United menentang juara Piala FA, Port FC malam tadi.

Ia dikenali di sesetengah negara sebagai piala sumbangsih dan di Thailand, sejak 2017, perlawanan ini telah dinamakan Thailand Champions Cup menggantikan nama lama, Kor Royal Cup.

Chiangrai United telah berhasil memenangi kejuaraan ini buat kali kedua selepas membenam Port FC 2-0 di Stadium SCG hasil jaringan pemain import Korea Selatan, Lee Yong-rae dan Chaiyawat Buran.

Kali pertama The Beetles memenangi Thailand Champions Cup ini adalah pada musim 2018 menewaskan Buriram United menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 masa penuh.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan walaupun Chiangrai United memiliki peluang untuk mendahului perlawanan pada minit ke-20 menerusi percubaan oleh Bill.

Minit ke-35, Chotipat Poomkeaw hampir memberikan jaringan pendahuluan kepada Chiangrai United namun percubaannya di depan gawang Port FC sedikit tersasar di atas palang gol.

Walaubagaimanapun, Chotipat Poomkeaw berjaya menebus kegagalannya apabila berhasil melakukan bantuan gol kepada Lee Yong-rae pada minit ke-51 untuk Chiangrai United mendahului aksi.

Ianya diikuti bantuan gol oleh pemain import dari Brazil, Bill pula pada minit ke-55 untuk Chaiyawat Buran meledak gol kedua Chiangrai United untuk memberi kemenangan mutlak buat The Beetles.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Chiangrai United beraksi di Thailand Champions Cup dan pada musim lalu, mereka terpaksa menyerahkan trofi ini kepada Buriram United selepas tewas 1-3.

Thai League 1 dijangka akan bermula pada 14 Februari depan dengan dua pemain Malaysia bakal beraksi iaitu Dominic Tan bersama Police Tero dan Norshahrul Idlan Talaha bersama BG Pathum United.

Untuk minggu pertama, BG Pathum United akan menentang Muangthong pada 15 Februari sementara Police Tero pula akan memulakan aksi pada 16 Februari menentang Buriram United.

Pastinya Thai League 1 kali ini akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia dengan penyertaan dua pemain tersebut setelah sekian lama tiada pemain negara yang beraksi di liga negara jiran tersebut.

KREDIT FOTO: Thai League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN