Tolak Bantuan Pakai Kabel ‘Pak Mertua’, Van de Beek Akhirnya Pilih Sertai Everton

Pemain tengah Manchester United yang ‘terpinggir’, Donny van de Beek akhirnya memutuskan untuk menyertai Everton secara pinjaman. Perkembangan terbaru ini didedahkan oleh The Athletic sebentar sahaja tadi.

Persetujuan dilaporkan telah dicapai di antara United dan Everton pada Sabtu lalu untuk pemain tersebut. Kelab Merseyside tersebut akan membayar penuh gaji Van de Beek untuk baki saingan musim ini. Van de Beek turut sudah membuat keputusan untuk ke Goodison Park selepas itu,

Sebelum itu Everton juga dilaporkan telah berbincang dengan bakal pengurus, Frank Lampard yang dilantik menggantikan Rafael Benitez – dipercayai akan diumum dalam masa terdekat

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Crystal Palace pilihan kedua

Sebelum memperolehi tawaran daripada Everton, Van de Beek juga berpeluang peluang untuk menyertai Crystal Palace. Malah Manchester United dilaporkan telah menerima tawaran dan terma yang sama daripada Selhurst Park untuk khidmat Van de Beek.

Beberapa laporan media di UK sebelum ini melaporkan Dennis Bergkamp menjadi watak penting meyakinkan pengurus Crystal Palace, Patrick Viera untuk mendapatkan bekas pemain tengah Ajax itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Seperti yang kita semua tahu, Bergkamp dan Viera bermain bersama-sama selama bertahun-tahun bersama Arsenal suatu ketika dahulu, dan kedua-duanya masih mempunyai hubungan yang baik. Teman wanita dan pasangan kepada Van de Beek pula adalah anak gadis kepada Bergkamp.

Van de Beek sentiasa bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak tiba di Old Trafford pada musim panas 2020. Sehingga kini beliau hanya beraksi selama 579 minit di saingan Premier League sejak dua musim terakhir ini. Secara matematik, ia bersamaan dengan tujuh perlawanan.

Sebab utama Everton mahukan Van de Beek

Everton pula pula mahu mendapatkan seorang pemain tengah sebagai fokus utama di jendela perpindahan Januari. Ini selepas dua pemain utama, Abdoulaye Doucoure dan Fabian Delph terpaksa dipinggirkan selama sebulan akibat kecederaan.

Selain itu Everton juga kekurangan kreativiti di bahagian tengah sepanjang musim ini. Kekalahan terbaru kepada Aston Villa pada hujung minggu lalu adalah bukti jelas posisi tersebut harus diperkuatkan.

Corak permainan Van de Beek dilaporkan turut menarik perhatian Frank Lampard yang cenderung menggunakan tiga pemain tengah di dalam sistem permainan, termasuk seorang pemain yang akan menjadi playmaker dan berfungsi memecahkan barisan pertahanan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN