Perbuatan Terkutuk Mason Greenwood ‘Tibai’ Teman Wanita Kini Tular

Mason Greenwood

Reputasi pemain muda Manchester United, Mason Greenwood kini mengalami cakaran yang cukup besar selepas tular akan perbuatannya di luar padang.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan perbuatannya yang berlaku zalim terhadap wanita yang dipercayai pasangannya.

Menerusi hantaran di IG Story, pemilik akaun bernama @hasrobson telah memuat naik gambar-gambar kecederaan yang dihadapinya akibat dipukul oleh Greenwood.

Dalam hantarannya itu, terdapat kecederaan di bahagian mulut, mata dan juga kaki.

“Kepada semua yang ingin tahu apa yang Mason Greenwood buat kepada saya,” tulis Robson sambil menunjukkan kecederaannya pada mukannya.

Image

Robson atau nama sebenarnya Harriet Robson merupakan seorang model dan dipercayai sudah bersama Greenwood sejak dari sekolah lagi.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Pemain muda bermasalah

Setakat tinjauan kami, laman IG Robson kini menyaksikan yang beliau telah membuat gambar profilnya sambil IG Post hanya tinggal tiga gambar sahaja.

Bilangan tiga gambar itu amat sedikit bagi seorang model yang pastinya akan kerap memuat naik gambar mereka di media sosial.

Laman rasmi Instagram Has Robson.

Tindakan yang dilakukan oleh Greenwood ini mendapat perhatian ramai pihak ketika ini dengan majoritinya memberikan sokongan dan simpati kepada Robson atas apa yang terjadi.

Dalam masa yang sama, penyokong bola sepak di media sosial sudah berasa jijik dengan perbuatan Greenwood dan mahu beliau disingkirkan.

Malah, rakan sepasukan Greenwood iaitu David De Gea turut dikatakan telah ‘unfollow’ pemain itu di Instagram selepas mengetahui apa yang terjadi.

Malah turut dikatakan, Alex Telles juga telah tidak mengikuti Greenwood di laman tersebut selepas apa yang dilakukannya telah tular.

Perbuatan Greenwood ini jelas sekali menjejaskan reputasinya sebagai pemain muda berpotensi tinggi.

Apa yang terjadi ini turut menambah kepada masalah yang melibatkan beliau selepas sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan bintang United, Cristiano Ronaldo.

Manchester United turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini dengan mereka mengatakan pihak kelab begitu mengambil perhatian dengan apa yang terjadi.

Namun mereka tidak akan berkompromi dengan perbuatan terkutuk itu.

“Kami tidak akan memberikan sebarang komen sehingga kebenaran dapat ditegakkan. Manchester United tidak akan berkompromi dengan apa jua keganasan yang dilakukan,” ujar kelab.

Apa pun, perbuatan memukul wanita ini amat tidak ‘jantan’ jadi penulis mengingatkan diri sendiri dan anda semua untuk tidak berbuat demikian ya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN