Tok Gajah Harap Kehadiran Lazarus Kaimbi Beri Impak Di Bahagian Serangan

Hari ini skuad Pahang kembali menjalani latihan setelah diberi cuti selama lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri untuk memberi fokus kepada baki saingan Liga Super dan aksi separuh akhir Piala FA yang akan bermula dua minggu lagi.

Justeru itu, pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang menuntut para pemain Pahang tampil dengan aksi yang lebih bertenaga apabila saingan liga kembali bersambung kelak.

“Saya harap apabila mereka kembali pada hari raya ketiga nanti, komitmen dan persefahaman meningkat dalam usaha memperkasakan pasukan.

“Pada masa sama, Pahang akan berdepan Perak pada aksi separuh akhir Piala FA, 23 dan 29 Jun ini.

“Lebih-lebih lagi kami mahu mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu,” katanya dalam Harian Metro

FOTO: Pahang FA

Kehadiran penyerang import baharu dari Namibia, Lazarus Kaimbi menggantikan tempat Ze Eduardo bakal memberi semangat tambahan kepada skuad tok gajah yang menghadapi masalah di bahagian serangan sejak bulan lalu.

“Sudah pasti sebagai ahli baharu dalam pasukan, kami mengharapkan Kaimbi akan cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk membantu memperkuatkan jentera serangan.

“Sebagai pemain yang berpengalaman, Kaimbi diharap membuktikan pilihan Pahang adalah tepat untuk memperkasakan pasukan,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan kiri Pahang, Mohd Faisal Rosli mahu memastikan pasukannya mempertahankan Piala FA yang dimenangi pada musim lalu apabila dijadualkan bertemu Perak di peringkat separuh akhir.

“Biarpun kami sedar Perak juga mahu memburu slot final piala berprestij itu, kejayaan mara pada tahap ini (separuh akhir) perlu diteruskan sehingga ke pentas final dan mengekalkan kejuaraan musim lalu.

“Saya percaya dengan kesungguhan semua pemain, terutama percaturan jurulatih (Dollah) dapat membantu melengkapkan misi itu,” katanya.

FOTO: Pahang FA

Mengulas mengenai kehadiran rakan sepasukan yang baharu (Lazarus Kaimbi), Faisal atau digelar sebagai ‘tocang’ berharap bekas penyerang import Kelantan itu mampu membentuk gandingan yang serasi dengan Dickson Nwakaeme sehingga memberi ancaman kepada lawan.

“Kami akan berusaha melakukan yang terbaik dan kehadiran ‘ahli’ baru’ (Lazarus Kaimbi) mampu memperkuatkan jentera serangan.

“Saya percaya gandingan Kaimbi dan Dickson Nwakaeme dapat memberi ancaman kepada pasukan lawan apabila liga bersambung nanti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN