Southgate Dedah Keletihan Punca England Tewas Kepada Belanda

Pengurus England, Gareth Southgate terpaksa meratapi dua kesilapan di bahagian pertahanan yang memberi kemenangan 3-1 kepada Belanda di perlawanan separuh akhir UEFA Nations League (UNL) pada awal pagi tadi.

Namun demikian, pengurus England itu enggan menyalahkan pemain kerana kekalahan tersebut.

John Stones terlebih dahulu kehilangan bola yang menyebabkan gol sendiri oleh Kyle Walker untuk Belanda mendahului 2-1 di masa tambahan. Kemudian giliran Ross Barley kehilangan bola selepas ditekan oleh pemain lawan, untuk kedudukan 3-1.

Bukan kerana sistem

Tatkala ada beberapa pihak mempersoalkan kecenderungan pemain England mahu meneruskan kawalan bola walaupun diancam oleh pemain penyerang lawan, Southgate berkata ia tidak kena mengena dengan sistem permainan yang diamalkan oleh pasukan beliau ketika ini.

“Keletihan memainkan peranan [kepada kekalahan] pada malam ini, begitu juga ketumpulan dalam permainan,” ujar Southgate.

“Saya meminta mereka untuk bermain sedemikian dari bahagian belakang. Jika pasukan ini tidak beraksi demikian, kami tidak akan berada di sini pada hari ini,” tambah beliau kepada wartawan.

Keletihan punca utama

Isu kesilapan bukan sahaja menghantui barisan pemain England. England terlebih dahulu menghukum kecuaian bahagian pertahanan Belanda apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas Matthijs de Ligt dipersalahkan kerana menjatuhkan Rashford.

“Belanda juga melakukan kesilapan di bahagian pertahanan,” ujar beliau merujuk kepada kesilapan Matthijs de Ligt yang terpaksa mengasari Marcus Rashford sehingga dianugerahkan sepakan penalti.

“Pasukan ini tewas bukan kerana cara kami mahu bermain; kami tewas kerana gagal melaksanakan [hantaran] dan keletihan.”

England terus tandus kejuaraan

Kekalahan kepada Belanda ini bermakna England sudah tewas empat perlawanan separuh akhir dalam kejohanan kompetitif sejak 1990.

Marcus Rashford meletakkan England di hadapan melalui sepakan penalti pada minit ke-32 perlawanan. Skuad The Three Lions seolah-olah sudah melangkah ke perlawanan akhir apabila rakan sekelab Rashford, Jesse Lingard berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki lima minit.

Jaringan tersebut bagaimanapun dibatalkan selepas pengadil melakukan semakan VAR kerana offside.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN