TMJ Tercalon Sebagai Presiden FAM Yang Baharu, Ditentang 2 Calon Lain

TMJ tercalon sebagai sebagai presiden FAM yang baharu di samping 2 lagi calon yang lain.

Baginda akan merebut jawatan ‘kerusi panas’ itu dalam saingan perebutan 3 penjuru yang akan ditentukan menerusi kongress FAM yang akan diadakan pada 25 Mac 2017.

5 pencalonan

TMJ tercalon sebagai presiden FAM yang baharu selepas menerima 5 percalonanan dari kesemua ahli gabungan FAM.

Pencabar serta ‘musuh tradisi’ TMJ di laman sosial, Tan Sri Annuar Musa juga tercalon sekali sebagai calon presiden FAM yang baharu.

Annuar Musa yang merupakan bekas presiden KAFA cuma menerima 1 pencalonan untuk menjadi presiden FAM yang baharu.

Calon popular

Namun begitu, TMJ bukanlah calon popular untuk memenangi jawatan calon presiden FAM yang bakal dipilih pada bulan Mac ini.

Sebaliknya, satu lagi calon iaitu Tan Sri Aseh Che Mat (gambar bawah) merupakan calon pilihan untuk menjadi presiden FAM yang baharu.

Beliau merupakan calon popular dalam kalangan ahli gabungan FAM apabila menerima 12 pencalonan dari ahli gabungan FAM.

TMJ juga turut dikhabarkan turut mencalonkan Aseh Che Mat sebagai calon presiden FAM yang baharu.

Hal ini kerana, baginda serta ahli gabungan yang lain merasakan Aseh Che Mat mampu menggalas tanggungjawab sebagai presiden FAM jika terpilih.

Bagi yang tidak mengetahui, Aseh Che Mat merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta bekas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Beliau juga merupakan bekas presiden buat Perbadanan Putrajaya pada tahun 2012.

Berdiam diri

Menurut Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata hanya 2 ahli gabungan sahaja yang belum lagi memberikan jawapan mereka terhadap pencalonan presiden FAM.

2 ahli gabungan tersebut adalah Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Walaupun tempoh untuk pencalonan presiden FAM dari kesemua ahli gabungan telah pun tutup. Namun, beliau tidak menolak berlaku pertambahan sokongan di minit-minit terakhir dan ia akan diketahui hari ini.

Yusoff juga mengatakan hasrat bahawa beliau turut berminat untuk bertanding jawatan sebagai timbalan presiden FAM pada kongres FAM nanti.

Senarai 3 calon presiden FAM akan dibentang pada 20 Februari sebelum dipilih pada kongres yang dilangsungkan pada bulan Mac.

Pemilihan ini adalah untuk penggal dari tahun 2017 hingga 2021.

Diedit pada Isnin, 23 Januari 2017: 

Laporan Berita Harian sebentar tadi memberitahu YB Khairy Jamaluddin sebenarnya yang mendapat pencalonan paling banyak dari kalangan ahli gabungan FAM.

Menurut sumber Berita Harian, Khairy mendapat antara 11 hingga 12 pencalonan daripada 20 keseluruhan ahli gabungan FAM.

Ini berbeza dengan laporan di atas yang mengatakan Tan Sri Aseh Che Mat mendapat pencalonan paling banyak.

Senarai calon Presiden FAM setakat ini:

1. YB Khairy Jamaludin (11 pencalonan)
2. Tan Sri Aseh (3 pencalonan)
3. Tunku Ismail (5 pencalonan)
4. Tan Sri Anuar Musa (1 pencalonan)

Baca juga: Arsene Wenger Bakal Dihukum Kerana Menolak Pengadil Pengadil Keempat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN