Anugerah Juara Lagu & Bola Sepak: Apabila 12 Lagu AJL31 Dikaitkan Dengan Bola Sepak

Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan acara tahunan untuk lagu-lagu berbahasa Melayu terbaik bertarung untuk tahun merebut gelaran lagu terbaik untuk tahun tersebut.

AJL tidak ada kaitan secara terus dengan bola sepak. Tetapi, dengan tajuk-tajuk lagu yang bersaing pada AJL 31 kali ini memberikan kami idea untuk kaitkan tajuk-tajuk lagu tersebut dengan bola sepak.

Jom kita lihat 12 tajuk lagu-lagu AJL 31 yang ada kena mengena dengan bola sepak.

Obses – Akim & The Majistret

Dari tajuk lagu Akim & The Majistret ini, perkataan obses ini boleh kami kaitkan dengan obsesnya kita semua dengan sukan bola sepak.

Mungkin perkataan obses itu sedikit negatif jadi kita boleh gantikan dengan perkataan yang biasa kita gunakan – fanatik.

Selain itu, obses juga merupakan perkataan yang diberikan oleh penyokong Rangers kepada penyokong Celtic.

Penyokong Celtic menggangap Rangers sebagai kelab yang telah ‘mati’ dan memanggil kelab itu sebagai zombie club.

Sebaliknya, penyokong Rangers mengatakan penyokong Celtic terlalu obses dengan kelab mereka.

Ku Rela Dibenci – Aiman Tino

Lagu hit di Malaysia ini mengisahkan kerelaan seorang dibenci oleh orang yang disayangi beliau.

Dalam bola sepak, frasa ‘ku rela dibenci’ kami pernah kaitkan dengan Fadhli Shas ketika aksi persahabatan antara Malaysia menentang Indonesia yang menyaksikan Fadhli melakukan 2 kesilapan mudah.

Dengan 2 kesilapan mudah beliau telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia dan beliau rela dibenci kerana itu.

Anugerah Terindah – Black

Frasa ‘anugerah terindah’ ini boleh dikaitkan dengan setiap perkara indah yang berlaku dalam bola sepak.

Leicester City menjuarai Premier League? Faiz Subri menang Anugerah Puskas? Semua itu adalah anugerah terindah yang seluruh peminat bola sepak di seluruh dunia raikan!

Setia – Elizabeth Tan & Awi Rafael

Perkataan setia ini boleh kita hubungkan dengan pemain-pemain bola sepak yang setia dengan satu kelab sahaja sepanjang karier mereka.

Kesetiaan sukar untuk ditemui dalam bola sepak moden, namun ia masih lagi ada dalam diri beberapa pemain.

Francesco Totti, Ryan Giggs dan Paulo Maldini adalah simbol kesetiaan dalam bola sepak.

Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi

Skuad Piala Dunia 2010 Perancis sesuai diberikan dengan tajuk lagu ini.

Mereka mungkin menang ketika menentang Ireland ketika pusingan kelayakan menerusi gol William Gallas yang pada mulanya bola terkena tangan Theirry Henry.

Mereka kemudiannya mengalami kempen yang penuh serabut apabila skuad Perancis mengalami masalah ketika Piala Dunia 2010.

Sejak peristiwa itu, mereka tidak lagi berjaya memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa.

Hang Pi Mana – Khalifah

Lagu yang dinyanyikan dalam dialek utara ini mengisahkan mengenai pemuda yang berkerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah.

Walaupun berkerja sebagai pegawai keselamatan, namun kerja yang dilakukan adalah halal dan bukan dari sumber yang ‘kotor’.

Dalam bola sepak, kita boleh kaitkan dengan pegawai keselamatan stadium ataupun marshall.

Gaji mereka mungkin tidak sebesar pemain bola sepak. Tetapi mereka lakukan kerja mereka dengan baik untuk keselamatan stadium.

Terakhir – Sufian Suhaimi

Lagu berentak balada dari Sufian Suhaimi ini mengisahkan kesukaran untuk seseorang itu melepaskan insan yang dicintai,

Dalam bola sepak, pasti akan ada situasi dimana kita sebagai peminat berasa sukar untuk melepaskan pemain yang kita gemar ke kelab lain.

Seperti contoh penyokong Real Madrid pasti sedih apabila melihat ikon mereka Iker Casillas terpaksa meninggalkan kelab tersebut.

Begitu juga penyokong Liverpool apabila terpaksa melihat Luis Suarez yang dipuja mereka pergi ke Barcelona.

Di Amaran Mama – Hazama

Bila ada perkataan ‘mama’ di dalam lagu ini, kami terus teringat kisah Cristiano Ronaldo dan ibunya!

Ketika memenangi Ballon d’Or baru-baru ini. Ronaldo yang terkenal dengan jeritan ‘SUII’ membuat jeritan itu secara senyap ketika meraikan kejayaannya itu.

Hal ini kerana ibunya berada dihadapannya ketika beliau melakukan jeritan tersebut!

Terimaku Seadanya – Hafiz & Misha Omar

Bagi tajuk lagu ini pula, kami boleh kaitkan dengan pemain yang pernah mencipta kontroversi untuk meninggalkan kelab mereka untuk kelab lain.

Namun usaha mereka itu pergi ke kelab lain itu gagal, dan akhirnya mereka terpaksa kembali taat setia kepada kelab mereka.

Kelab dan penyokong mereka tetap memaafkan mereka walaupun pernah cuba untuk ‘belot’ dengan kelab mereka. Malah mereka tetap menyokong mereka seperti biasa.

Situasi ini boleh dilihat menerusi kes Saido Berahino dengan penyokong West Bromwich Albion.

Walaupun beliau berkali-kali hendak keluar dari kelab tersebut, tetapi penyokong mereka tetap menyokong beliau.

Kes yang serupa adalah kes di awal musim lepas melibatkan Azrif Nasrulhaq dengan pasukan Selangor.

Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar

Frasa ‘selamanya cinta’ boleh kita kaitkan dengan rasa kecintaan kita kepada kelab yang kita sokong.

Tidak kira kelab itu beraksi teruk, lama tidak menang piala atau tersingkir ke liga bawahan. Kita tetap menyokong mereka walaupun dalam masa senang dan sukar.

Sudah Ku Tahu – Projector Band

Tajuk lagu ini boleh dikaitkan dengan jangkaan atau ramalan kita mengenai sesuatu perkara dalam bola sepak.

Kadang kala, kita pasti yakin perkara itu akan terjadi juga walaupun pada mulanya ia cumalah khabar angin.

Contohnya? Kes melibatkan Raheem Sterling dengan Liverpool. Penyokong Liverpool sudah menjangkakan beliau akan ke Manchester City sejak beliau mula ‘besar kepala’ di Liverpool lagi.

Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah

Dalam bola sepak, kita ada individu-individu yang boleh digelarkan sebagai ‘lelaki teragung’.

Siapa mereka? Mereka adalah pemain-pemain terhebat dunia sepanjang zaman.

Pele, Diego Maradona, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah beberapa nama ‘lelaki teragung’ dalam bola sepak.

Baca juga: 5 Sebab Wanita Di Malaysia Minat Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN