Arsene Wenger Bakal Dihukum Kerana Menolak Pengadil Keempat

Arsene Wenger bakal dihukum kerana melakukan kekasaran terhadap pengadil ke-4 ketika aksi Premier League antara Arsenal dan Burnley di Emirates, semalam.

Walaupun menang pada minit-minit akhir, tetapi beliau seperti tidak gembira dengan mutu pengadil semalam.

Tak puas hati

Arsene Wenger nyata tidak dapat menahan amarahnya ketika Burnley menerima sepakan penalti pada masa kecederaan.

Sepakan penalti yang diberikan kepada Burnley itu menyaksikan Francis Coquelin nenjatuhkan Ashley Barnes di dalam kotak penalti.

Wenger menggambarkan dirinya cukup tenang sepanjang perlawanan tersebut, namun jiwanya berkecamuk ketika 2, 3 minit terakhir perlawanan.

“Saya diam dan tenang saja sepanjang perlawanan ini, dan ianya lebih tenang dari selalu. Namun pada minit-minit akhir perlawanan saya sangat marah.”

Amarah Wenger semakin marak apabila beliau dibuang padang oleh pengadil dan terpaksa dihantar keluar dari bangku simpanan oleh pengadil keempat – Anthony Taylor.

Wenger semakin bengang apabila beliau dnafikan hak oleh Taylor untuk melihat sepakan penalti Burnley dari terowong.

Oleh kerana berang tidak diberi peluang untuk melihat sepakan itu, beliau menolak Taylor dengan penuh rasa marah.

Bakal berdepan hukuman

Arsene Wenger bakal dihukum oleh England FA diatas apa yang dilakukan oleh beliau.

Namun selepas perlawanan, Wenger menyatakan kekesalan beliau terhadap apa yang beliau lakukan terhadap Taylor.

“Saya menyesal tentang semua yang saya lakukan. Saya patut pergi dan biarkan saja perkara itu berlaku, saya minta maaf diatas perbuatan saya.”

“Saya sangkakan saya boleh tengok penalti tersebut dari terowong tapi pengadil tak benarkannya. Jadi saya kena tengok penalti dekat tempat lain.”

Mungkin kerana pasukannya menang, Wenger lebih tenang untuk bercakap dengan media selepas perlawanan tersebut.

Arsenal memperoleh sepakan penalti pada minit 90+8 selepas Ben Mee mengangkat kaki tinggi kepada Laurent Konscielny di dalam kotak penalti.

Alexis Sanchez kemudiannya menjaringkan gol kemenangan dengan penalti ala panenka untuk memberikan pasukannya tempat kedua dalam Premier League.

Jika pada awalnya Wenger yang naik angin, pengurus Burnley Sean Dyche pula naik angin selepas perlawanan.

“Penalti itu tidak sepatutnya diberikan, hal ini kerana Konscielny sebenarnya berada dalam kedudukan ofsaid!”

Dyche berasa penjaga garisan sepatutnya dapat mengesan kedudukan Konscielny tersebut, serta berharap di masa hadapan segala keputusan kontroversi akan menggunakan bantuan video untuk dapatkan keputusan yang tepat.

Baca juga: Ryan Mason Alami Kecederaan Serius Di Kepala Pada Aksi Chelsea-Hull City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN