TMJ Serah Bonus Kepada Skuad Remaja JDT

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja pada hari ini mengucapkan tahniah dan berkenan memberikan bonus kepada skuad remaja JDT yang menjuarai pertandingan peringkat kategori masing-masing pada hari ini.

Perkara tersebut diumumkan melalui akaun media sosial rasmi kelab bola sepak dari selatan tanah air itu, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi, dan majlis diadakan di ibu pejabat JDT yang baharu.

Selain daripada kejuaraan Piala Sumbangsih dan Liga Super Malaysia yang dimenangi oleh skuad senior, JDT pada musim ini turut menjuarai pertandingan Piala Cabaran melalui skuad JDTII.

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL UCAP TAHNIAH DAN MEMBERI BONUS KEPADA JDT B12, B14 DAN B17 SELAKU JUARA PERINGKAT…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, October 15, 2019

Lebih manis lagi, tiga skuad remaja Harimau Selatan turut mencipta kejayaan dalam kategori masing-masing pada tahun ini.

Skuad JDT Bawah-12, Bawah-14 dan Bawah-17 muncul juara kebangsaan kategori masing-masing tahun ini, sekaligus meneruskan kejayaan Akademi dari tahun sebelumnya di mana Akademi telah memenangi empat piala – termasuk tiga kejuaraan kebangsaan dan JSSL International Professional 7s di Singapura.

Kejayaan ini memberi indikasi projek yang diilhamkan dan digerakkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim sejak 2013 lagi mulai membuahkan hasil dan berada di landasan tepat untuk meneruskan legasi kecemerlangan JDT pada masa hadapan.

Secara keseluruhan, JDT merangkul enam trofi pada musim ini di setiap peringkat umur pertandingan dan pasukan senior – petanda dominasi kelab bola sepak dari selatan tanah air ini tiada tolok bandingnya di landskap bola sepak negara buat masa ini.

Tahniah kami ucapkan buat skuad muda JDT!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN