Terengganu FC Umum Nafuzi Zain Sebagai Jurulatih Tetap

Ketua Jurulatih

Terengganu FC (TFC) mengumumkan Nafuzi Zain selaku Ketua Jurulatih tetap pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan melalui Kongres Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang berlangsung pada hari ini.

Selain daripada kedudukan Nafuzi Zain, Kongres tersebut turut mengesahkan Subri Sulung akan turut membantu Nafuzi sebagai pembantu jurulatih skuad Penyu pada musim akan datang.

Nafuzi Zain, Terengganu FC
FOTO: Terengganu FC

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Presiden PBSNT, dalam satu sidang media di Kongres Biasa Tahunan PBSNT, di sini, hari ini dipetik sebagai berkata:

“Pemilihan Nafuzi dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi beliau dalam mengurus pasukan, selepas diamanahkan tugas sebagai pemangku ketua jurulatih. Kita nampak keberanian dan keberkesanan beliau, membawa anak-anak (pemain) Terengganu dalam pasukan utama.

“Nafuzi akan diberi mandat penuh untuk membimbing dan membentuk barisan pemain pasukan TFC, dibantu Sabri Sulong yang merupakan jurulatih pasukan TFC lV musim ini,” katanya pada sidang media kongres tersebut.

Nafuzi Zain mula mengendalikan skuad Liga Super Terengganu FC pada Mei lalu selepas Irfan Bakti Abu Salim meletakkan jawatan.

Sepanjang tempoh itu, Nafuzi berjaya membantu TFC mencatatkan beberapa keputusan memberangsangkan sebelum mengakhiri saingan Liga Super di tangga ke-7.

Gambar: Terengganu FC

Skuad kendalian Nafuzi juga berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia pada musim ini, sebelum disekat oleh JDT.

Antara perkara lain yang diputuskan di Kongres kali ini adalah rombakan terhadap barisan pemain TFC, dengan menampilkan sehingga 60% muka baharu.

Sasarannya adalah 80% daripada pemain adalah dari kalangan anak jati Terengganu pada musim depan.

Langkah tersebut dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan PBSNT sehingga 30 peratus, selain mengangkat bakat dalam kalangan anak-anak tempatan.

“Ini adalah cabaran yang mahu kita sambut, bahawa sebenarnya anak negeri mampu jadi yang terbaik dan kita perlu bermula dari sini,” ujar beliau lagi seperti yang dipetik daripada Bernama.

“Dalam bola sepak kita mesti ada filosofi dan perancangan kita ialah supaya TFC sehingga TFC V mempunyai DNA yang sama, yang akan memudahkan kita menolak pemain dari bawah ke pasukan utama,” katanya yang turut mengumumkan pelantikan Roshadi Wahab sebagai jurulatih TFC ll musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN