Ryan Giggs Dikritik Cara Kendali Kecederaan Kepala Daniel James

Pengurus Wales, Ryan Giggs dikritik kerana cara beliau mengendalikan kecederaan kepala Daniel James dalam perlawanan menentang Croatia pada hujung minggu lalu.

Giggs melabel James sebagai ‘bijak’ kerana kekal terbaring selepas dirempuh dari arah belakang oleh pemain Croatia, Domagoj Vida.

Insiden itu kelihatan serius sehingga James memerlukan rawatan selama tiga minit di bahagian kepada ketika berada di atas padang.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu bagaiamanapun mengejutkan ramai selepas meneruskan baki saingan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Giggs berkata James lulus segala pemeriksaan berdasarkan protokol pada waktu rehat separuh masa.

Walau demikian, pengendali dari Wales yang merupakan bekas pemain Manchester United itu dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Headway, Peter McCabe.

Headway adalah sebuah badan NGO berkaitan dengan kecederaan otak. Malah beliau menganggap James sekadar berlakon selepas komen ‘bijak’ terhdap James oleh Giggs.

“Jika benar ia begitu, dan James hanya ‘berlakon’, ia menimbulkan persoalan mengenai kefahaman pemain tersebut mengenai betapa seriusnya kecederaan di kepala.

“Bukan sahaja beliau memberikan pasukan perubatan masalah, tetapi ia adalah contoh yang tidak baik kepada jutaan penonton dari rumah.

“Sama ada ia adalah ‘tindakan bijak’ atau pemain menggunakan situasi tersebut untuk sebab-sebab tertentu, ia tidak boleh diterima sama sekali untuk pasukan menggunakan protokol kecederaan kepada untuk kelebihan taktikal.

“Seperti kebanyakkan orang yang menyaksikan insiden tersebut, perkara terutama yang kami bimbangkan adalah keselamatan pemain.

“Sebaik sahaja insiden tersebut berlaku, James terus diperiksa untuk memastikan beliau boleh meneruskan perlawanan. Walaupun protokol telah diikuti, peraturan mengatakan pemain yang berkemungkinan mengalami gegaran di kepala harus diganti.

“Bagi yang menyaksikan perlawanan tersebut, kita semua tahu James tidak sedarkan diri untuk seketika.

“Walau apa pun bentuk pendapat dari pengurs [Giggs], langkah keselamatan sewajarnya harus diambil terlebih dahulu.”

Selepas perlawanan Giggs mengesahkan pihak fisio telah memberi jaminan James tidak mengalami sebarang masalah akibat pertembungan tersebut.

Pemain tersebut dikatakan terus kekal terbaring kerana memikirkan hal lain.

“Saya tidak bergerak. Saya cuma kekal begitu untuk mengelakkan sesiapa dari diarahkan keluar padang. Ia tindakan spontan untuk itu,” kata James kepada doktor yang merawatnya.

Situasi terhadap James menimbulkan tanda tanya sama ada Giggs tetap membenarkan pemain itu beraksi walaupun mengalami kecederaan.

Insiden kecederaan di kepala berprofil tinggi pernah berlaku beberapa kali di dalam bola sepak. Antaranya membabitkan rempuhan Sergio Ramos terhadap penjaga gol Liverpool, Loris Karius di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2018.

Bagaimanapun kecederaan di kepala terhadap Karius dikesan hanya selepas perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN