TMJ Puji Usaha Kerteh FC Cari Pendapatan Kelab Dengan Menjual Beras

Kerteh FC

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuji usaha sebuah kelab amatur, Kerteh FC dalam usaha mereka mencari pendapatan untuk terus melestarikan kewangan pasukan.

Baru-baru ini, Kerteh telah melancarkan Beras Cap Buah-Buahan yang merupakan beras super import sebagai salah sebuah cara mereka meraih pendapatan.

Sebelum ini, Kerteh juga ada menjual kambing perap, muruku dan juga kuih bahulu.

Syabas

TMJ memuji usaha Kerteh itu yang cuba untuk berdiri sendiri tanpa perlu mengharapkan sesiapa pun.

Dalam siaran Instagram Reels (IG Reels) Kerteh mengenai produk baharu mereka itu, TMJ ada meninggalkan komen yang dimana walaupun ianya satu perkataan tetapi cukup bermakna.

“Syabas,” komen TMJ di IG Reels tersebut dengan disertakan emoji menepuk tangan.

Setakat artikel ini ditulis, komen TMJ tersebut memperoleh 11 tanda suka sambil IG Reels itu sendiri sudah menerima 303 tanda suka.

“Jutaan terima kasih Tunku,” balas Kerteh kepada TMJ pada komen tersebut.

Beras Cap Buah-Buahan keluaran Kerteh ini adalah kerjasama dengan Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd.

Beras ini sering dikenali di daerah-daerah seperti Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Puteh sahaja.

Dengan kerjasama antara dua entiti ini, ianya membolehkan pasaran tersebut diluaskan ke sekitar Kemaman dan Dungun.

‘Asal Barang Jadi Duit’ – Kerteh FC Jual Beras Pula Untuk Tingkatkan Pendapatan Kelab

Usaha yang dilakukan ini sepatutnya dipuji dan diikuti oleh pasukan-pasukan utama negara yang mempunyai capaian yang lebih luas berbanding Kerteh.

Malulah sikit dengan mereka, kalau Kerteh boleh buat takkan yang lain tak boleh?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN