TMJ: “Mbappe Bercuti Lepas Habis Musim”

Kylian Mbappe

Tular di alam maya apabila bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe kembali semula ke sesi latihan kelab tersebut dua hari selepas kekalahan Perancis di Piala Dunia.

Tidak mengambil rehat yang lama, ramai yang terkejut dengan komitmen penjaring terbanyak Qatar 2022 itu apabila mahu meneruskan momentum yang diperoleh bersama skuad kebangsaan kepada kelab pula.

Disaat mereka yang berada di luar Malaysia kagum dengan komitmen Mbappe itu. Lain pula ceritanya di Malaysia apabila penyokong bola sepak mengajukan perkara ini kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Sebelum ini, TMJ pernah mengatakan yang “pemain bukan mesin” apabila ramai bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak bersama-sama Harimau Malaysia di Piala AFF 2022.

“Pemain Bukan Mesin”- TMJ Bidas Kenyataan Kim Pan-Gon

Kini apabila ditujukan soalan yang sama oleh penyokong mengenai situasi Mbappe, TMJ mengatakan yang bermain di Piala Dunia dan Piala AFF adalah dalam situasi yang berbeza.

Hal ini kerana, Piala Dunia diadakan dalam kalendar FIFA sementara Piala AFF tidak.

“Pemain bukan mesin. Apa PSG ni Tunku?,” tanya seorang penyokong.

“Oh itu Mbappe. Dia main separuh musim yang pertama, selepas itu berhenti untuk tugasan antarabangsa [dengan] sertai kejohanan FIFA iaitu Piala Dunia.

“Selepas habis Piala Dunia, dia sambung main separuh kedua musim. Selepas habis musim, dia pergi bercuti,” kata TMJ.

Sebelum ini, TMJ pernah membidas kenyataan jurulatih Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon apabila JDT tidak melepaskan bintang-bintang mereka untuk Piala AFF kali ini.

Namun begitu, Kim tetap tenang dan memilih untuk menggunakan pemain-pemain lain yang dibawa ke saingan Piala AFF kali ini dengan Harimau Malaya dilihat berwajah baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN