Semalam Jaring Gol Untuk Malaysia, Hari ini Faisal Halim Sah Sertai Selangor

Faisal Halim

Pemain sayap lincah kebangsaan, Faisal Halim kini telah sah menjadi pemain baharu untuk skuad Selangor.

Beliau yang kini antara aset terbaik skuad kebangsaan yang juga merupakan ketua pasukan Harimau Malaya, menyertai Selangor selepas kontrkanya tidak lagi disambung Terengganu.

Faisal yang semalam menjaringkan gol tunggal untuk Malaysia dalam kemenangan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Piala AFF 2022, mengikut jejak langkah dua lagi pemain kebangsaan iaitu V. Ruventhiran dan Khuzaimi Piee menyertai Gergasi Merah.

Revolusi yang cuba dicipta oleh Selangor dibawah kendalian Tan Cheng Hoe ini dilihat berada dalam keadaan lancar yang cukup menarik untuk disaksikan bagaimana ianya membuahkan hasil untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Walaupun, Khuzaimi ketika ini dilihat bakal berehat seketika selepas mengalami kecederaan sewaktu menentang Myanmar semalam.

Kehadiran Faisal ke Selangor pastinya akan memberikan impak dan kualiti kepada serangan Selangor terutamanya dari bahagian sayap.

Larian-larian deras serta kelincahan yang ada pada Faisal ketika menggelecek boleh mengucar-kacirkan pihak lawan selain kualiti penyudah beliau yang sememangnya baik.

Bagaimana agaknya persembahan Faisal pada musim hadapan? Kita nantikan saja!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN