PSG Tolak Permintaan Messi Yang Mahu Rai Kejayaan Menang Piala Dunia Di Parc des Prince

Paris Saint Germain (PSG) menolak permintaan Lionel Messi yang mahu meraikan kejayaannya menjurai saingan Piala Dunia tahun ini di Parc des Prince.

Bintang Argentina itu mahu membawa Piala Dunia yang beliau menangi ke Parc des Prince, namun memikirkan kesan-kesan buruk yang bakal berlaku, pihak kelab telah menolak permintaan pemain penyerang itu.

Lionel Messi akhirnya berjaya juga untuk menjulang gelaran Piala Dunia dan ia jelas sekali antara kejuaraan yang paling diimpikan oleh pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu.

Argentina muncul sebagai juara Piala Dunia pada tahun ini selepas kejayaan mereka menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Messi muncul sebagai pemain terbaik kejohanan selepas kejayaan beliau menjaringkan gol dalam setiap perlawanan di peringkat kalah mati hingga ke aksi perlawanan akhir.

Melihat kejayaan beliau membawa Argentina menjuarai saingan Piala Dunia, ramai peminat yang percaya bahawa beliau berhak untuk dinobatkan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Pemain berusia 35 tahun itu pada ketika ini sedang meraikan kejayaan beliau memenangi pertandingan terbesar dalam dunia bola sepak itu.

Beliau bersama rakan sepasukannya telah meraikan kejayaan mereka di Buenos Aires dalam satu parade khas dan rumahnya di Rosario juga turut dikerumuni orang ramai.

Menurut sumber laporan dari Goal, Lionel Messi telah meminta kebenaran untuk membawa Piala Dunia itu ke Parc des Prince, dan turut memohon untuk menjulang Piala tersebut sebelum sepak mula perlawanan mereka selepas ini.

Walau bagaimanapun, dek kerana memikirkan kesan-kesan buruk yang berpotensi untuk berlaku, pihak kelab telah menolak permintaan dari Messi itu.

Pihak kelab bimbang penyokong-penyokong terutama penyokong Perancis akan merasa tidak selesa melihat Messi menjulang Piala Dunia itu di bumi Paris.

Dan terdapat juga kebimbangan akan ada reaksi negatif dari kalangan peminat selepas melihat rata-rata pemain Argentina menganjing Kylian Mbappe ketika mereka sedang berpesta.

Walaupun Mbappe berjaya mencatatkan hat-trick dan turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan pada tahun ini, namun entah mengapa beliau tetap menjadi sasaran pemain-pemain Argentina.

Lionel Messi sendiri turut dihentam kerana tidak menegur rakan sepasukannya terutama Emiliano Martinez kerana menganjing Mbappe secara berlebih-lebihan.

Mbappe dilaporkan sudah kembali untuk menyetai sesi latihan bersama skuad PSG dan Lionel Messi bakal menyusul selepas ini.

Tidak pasti apa akan berlaku ketika kedua-dua mereka bertemu di bilik persalinan selepas ini, namun satu hal yang pasti, mereka bakal bersama-sama membantu PSG untuk menjuarai saingan Champions League yang diimpikan oleh kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN