“Peluang Sarung Jersi Kebangsaan”- Nurshamil Ghani Mahu Bukti Sesuatu Untuk Aksi Liga Super 2023

Penjaring terbanyak Liga Premier 2022, Nurshamil Abdul Ghani nekad untuk membuktikan diri beliau selaku salah seorang penyerang tempatan digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menurut penyerang berusia 28 tahun itu, beliau menganggap kejayaan Kelantan melangkah ke pentas Liga Super musim hadapan sebagai peluang buat dirinya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Selepas membantu Kelantan meraih gelaran naib juara Liga Premier musim ini, Nurshamil jelas mempunyai rencana beliau tersendiri untuk tampil selaku salah seorang tonggak Harimau Malaya.

Menurut beliau, pandangan daripada orang ramai yang menyatakan pemain Liga Premier tidak layak bersama skuad kebangsaan sebelum ini, menjadikan dirinya sukar untuk mendapat peluang.

Kini, Nurshamil melihat ianya sebagai suatu peluanh terbaik untuk beliau cuba merebut posisi penyerang kebangsaan bersama pemain lain seperti Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

“Inilah peluang saya untuk sarung jersi kebangsaan. Orang kata, main di Liga Premier tak layak lagi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Jadi kalau tahun depan jika ada rezeki untuk saya beraksi dan minit permainan juga mencukupi, apa salahnya untuk cuba uji saya bersama skuad kebangsaan,” jelas Nurshamil menerusi petikan Astro Arena yang dikongsi oleh wartawan mereka iaitu Fadhirul Shuhaimi.

Untuk rekod, Nurshamil berjaya meraih gelaran selaku penjaring terbanyak Liga Premier 2022 , selepas beliau berjaya meledak sembilan gol secara keseluruhan buat Kelantan.

Turut berkongsi jumlah kutipan gol bersama Nurshamil ialah bintang muda Johor Darul Ta’zim II iaitu Daryl Sham.

Nama Nurshamil bukan lagi suatu yang asing buat peminat bola sepak tempatan, selepas beliau mula tampil dikenali ramai ketika mewakili Melaka United pada tahun 2015.

Ketika itu, pasukan tersebut beraksi dalam saingan Liga FAM dan Nurshamil berjaya tampil selaku penjaring terbanyak dan namanya mula meniti di bibir para penyokong bola sepak tempatan.

Walaupun selepas itu musim-musim yang dilalui oleh Nurshamil agak suram, bersama Kelantan tahun lalu menyaksikan nama beliau kembali memuncak menerusi rekod jaringan diciptanya.

Pemain yang memiliki kelicikan dalam kawasan petak penalti serta sangat tenang untuk mengatasi penjaga gol lawan itu boleh dianggap sebagai aset utama Kelantan di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN