TMJ Mahu Pasukan Ubah Sikap Untuk Realisasikan Next50

Tunku Mahkota Ismail
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pengerusi Malaysian Football League (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor (TMJ) menuntut setiap pasukan di bawah pertandingan badan pentadbir itu untuk mengubah sikap demi memastikan bola sepak di Liga Malaysia mampu bergerak ke hadapan bagi merealisasikan perancangan yang telah ditetapkan.

Semalam MFL melancarkan Pelan Strategik 50 tahun (Next50) yang bermula pada 2021 hingga 2070. Sehubungan dengan itu, baginda juga berkata MFL akan lebih tegas dengan setiap pasukan yang bersaing di saingan Liga Malaysia musim hadapan untuk mengikuti peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Komitmen semua pihak

Walaupun Next50 hanya akan bermula pada 2021, musim hadapan adalah eksperimen awal oleh MFL untuk pelaksanaan pelan tersebut sepenuhnya.

Memetik titah baginda seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, baginda mahukan setiap pasukan memberi kerjasama terhadap pelan tindakan yang disediakan, dan menganggap ia adalah perkara sia-sia jika hanya MFL sahaja yang memilili visi serta perancangan, tetapi ianya gagal dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan.

Baginda juga berkata empat misi utama yang terkandung di dalam Next50 adalah berdasarkan kegendak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan hendaklah diikuti oleh semua pasukan bertanding.

Ke arah penswastaan

Sebagai langkah awal, baginda mahukan setiap pasukan mengambil langkah menswastakan pasukan masing-masing dan tidak berharap kepada dana daripada kerajaan negeri masing-masing.

“Oleh itu, setiap pasukan kena menswastakan pasukan masing-masing dan terpulang kepada mereka untuk bersikap lebih profesional bagi memastikan tiada lagi menggunakan wang kerajaan negeri untuk membiayai pasukan dalam saingan liga,” titah baginda.

Foto: MFL

Sumber manusia dan aspek komersil

Turut ditekan didalam Next50 ialah mengenai sumber manusia dimana lebih banyak peluang pekerjaan membabitkan pengurusan, kejurulatihan yang turut membabitkan program akar umbi akan diwujudkan. Malah Tunku Ismail juga mahukan setiap pasukan untuk lebih rapat dengan penyokong masing-masing terutama dalam melakukan perkongsian maklumat.

Berkenaan aspek komersil pasukan, setiap pasukan pula disaran untuk menarik pelabir dan penaja dari dalam dan juga dari luar negara. Langkah ini dilihat sebagai usaha syarikat tempatan campur tangan dalam urusan kelab dan pasukan sehingga mengganggu usaha meningkatkan bola sepak negara.

Foto: MFL

Kawalan ekonomi seperti La Liga

Pengerusi MFL itu juga berkata, badan pentadbir pertandingan itu turut akan bertindak sebagai penyelia dan menyediakan garis panduan perbelanjaan untuk mengelakkan kelab tidak terhimpit dengan masalah kewangan di masa hadapan.

“Di La Liga kita tengok macam mana mereka uruskan kelab dan terbukti tidak banyak hutang. Mereka akan beri garis panduan kepada tertentu bagaimana untuk berbelanja berdasarkan kewangan mereka.

“MFL akan memberikan nasihat dengan undang-undang yang sedia ada bagi memastikan tiada pasukan dalam saingan Liga M menghadapi masalah kewangan terutama hutang atau pemain tidak dapat gaji,” kata baginda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN